..

..

PENYELIDIKAN PAS DEDAH STRATEGI JAHAT DAP TAWAN PUTRAJAYA

on Monday, November 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pusat Penyelidikan PAS mendedahkan niat DAP untuk merampas tampuk pentadbiran kerajaan Malaysia daripada kaum Melayu dengan memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat.


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, DAP turut merangka strategi tersebut dengan memperkudakan beberapa individu atau tokoh Melayu yang menyertai DAP semasa kewujudan Pakatan Rakyat.

Semenjak PAS bertahaluf bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS telah menelaah strategi dan unjuran DAP untuk menguasai Malaysia melalui Pakatan Rakyat iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam.

Pendekatan mereka (DAP) dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain. Ketika itu, PAS sentiasa menjadi halangan utama,” dedahnya dalam satu kenyataan semalam.

DAP pada Ogos lalu mengumumkan Pakatan Rakyat telah berkubur dan membentuk satu gabungan baharu parti pembangkang bersama-sama PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Mohd. Zuhdi dalam pada itu mendedahkan kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati pemimpin DAP kini semakin rakus dan ghairah untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi Pakatan Harapan.

Menurutnya, DAP turut menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam dan mengobarkan sentimen anti Melayu untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam.

“Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk menyempurnakan hasrat mereka.

“PPP yakin pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor DAP ini,” 


SUMBER 




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.