..

..

PENIPUAN BERSIH ISU PETISYEN TALIAN & KEMPEN POSKAD UNDI TAK PERCAYA TERBONGKAR !

on Friday, November 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR - Kumpulan Pembaharuan Pilihan Raya (BERSIH) cuba menafikan bahawa mereka mereka-reka kempen poskad atau surat atas talian kononnya daripada pengundi di kawasan Parlimen yang menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelah tembelang mereka pecah.

Dengan integriti yang tercalar, Bersih dengan tegas menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang penyelewengan di dalam proses mengisi petisyen atas talian tersebut.

Ia telah dijalankan secara bona fide, dengan keyakinan bahawa mereka yang mengisi petisyen itu menyedari siapa wakil rakyat mereka dan di kawasan Parlimen mana mereka mengundi,” kata BERSIH dalam satu kenyataan, Rabu.

Bulan lalu, Bersih melancarkan kempen ‘Undi Tidak Percaya’ melalui poskad dan juga laman web DearYB.my dengan tujuan supaya orang ramai dapat menyampaikan hasrat mereka kepada wakil rakyat masing-masing untuk menyokong usul itu.

Mereka turut mengedarkan 20 ribu poskad ke seluruh negara, manakala lebih 11,000 petisyen atas talian dicetak dan dikemukakan kepada ahli-ahli Parlimen, Isnin lalu.

Menurut Bersih, laman web berkenaan direka dengan kepercayaan bahawa mereka yang mengisi petisyen itu mengetahui kawasan dan ahli parlimen masing-masing.

Mereka juga mengakui tidak mempunyai mekanisme untuk memeriksa-balas pendaftaran petisyen mereka dengan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Sebarang kekurangan di pihak Bersih dalam merangka sistem laman web DearYB.my amat kami kesali.

“Kami malah telah mengasingkan sejumlah besar petisyen yang tidak mempunyai nombor kad pengenalan atau menggunakan nama samaran, bahkan tidak menyatakan siapa wakil rakyat yang ditujukan.

“Justeru kami simpulkan bahawa sebarang kejanggalan dalam senarai pempetisyen antara lain menunjukkan sama ada para pengundi tidak tahu siapa sebenarnya wakil rakyat mereka, dan tidak sedar mereka mengundi di kawasan mana,” katanya.

Meneliti jawapan itu, ternyata Bersih yang selama ini kononnya pejuang menuntut pilihan raya yang bersih hanyalah cakap kosong, sekadar meriah mengadakan demonstrasi.

Jawapan bahawa Bersih tidak mempunyai mekanisme memeriksa memeriksa-balas pendaftaran petisyen mereka dengan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah suatu jawapan tidak masuk akal kerana sesawang SPR sentiasa terbuka untuk dibuat semakan cukup dengan nombor kad pengenalan.

Jelaslah, Bersih terperangkap dengan niat jahat mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri apabila nama yang dicatatkan dalam surat yang ditujukan kepada ahli-ahli Parlimen BN ada yang tidak wujud, bukan pengundi kawasan dan ada yang sudah mati.

Bagaimana mereka ini boleh klik laman web disediakan Bersih, apatah lagi tidak tahu siapa wakil rakyat kawasan masing-masing seperti didakwa Bersih?.

Nyata, Bersih bukan sahaja tidak bersih, mahu menegak benang basah tetapi hanya alat propaganda untuk menjatuhkan kerajaan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.