..

..

#PAU2015 DIBENARKAN UMNO UNTUK LIPUTAN SECARA TERBUKA TANPA SEKATAN

on Friday, November 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




UMNO hari ini membenarkan media membuat liputan Perhimpunan Agung parti itu yang bermula 8 Disember ini termasuk perbahasan perwakilan tanpa sebarang sekatan.
Walaupun semalam dilaporkan perhimpunan itu akan diadakan secara tertutup, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya mendapat maklum balas daripada para perwakilan negeri yang mahukan liputan secara langsung perhimpunan terbesar orang Melayu itu.
“Ini bermakna media pun boleh melaporkan secara terbuka. Liputan media adalah sama seperti perhimpunan-perhimpunan agung lepas,” kata beliau dalam sidang akhbar di Menara DBKL 1 di sini.
UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.