..

..

PAS KEPALA BATAS LETAK JAWATAN JKKK , TAK MAHU BERSEKONGKOL KERAJAAN DAP

on Wednesday, November 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




PAS Kepala Batas malam tadi mengumumkan pendirian untuk menarik diri daripada memegang jawatan dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), berkuat kuasa serta-merta.

 Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali, berkata keputusan itu dibuat kerana PAS bukan lagi rakan dalam kepimpinan kerajaan negeri. Beliau berkata, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat PAS Bahagian Kepala Batas pada September lalu.

 "Tindakan ini dibuat selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan PAS bukan lagi rakan dalam kepimpinan kerajaan negeri tanpa terlebih dulu mengadakan perbincangan dengan komponen pakatan serta terus mengumumkan Pulau Pinang sebagai Kerajaan Pakatan Harapan. 

"PAS tidak sewajarnya dilihat masih melukut di tepi gantang.

 Mana mungkin JKKK dalam DUN yang PAS bertanding boleh berkhidmat di bawah penyelarasan ADUN DAP yang memantau dan menyelaras segala urusan JKKK serta dalam masa sama meminta pemimpin PAS Kawasan menolak kepimpinan ulama," katanya pada sidang media di sini, malam tadi. 

Beliau berkata, tindakan ini juga dibuat demi menjaga maslahah ahli daripada terus dituduh dengan pelbagai tohmahan kerana bekerja di bawah pimpinan kerajaan negeri yang berterusan menunjukkan sikap negatif terhadap kepimpinan tertinggi PAS. 

"Keputusan ini juga dibuat demi menjaga wehdah jemaah supaya ahli PAS tidak lagi disogok dengan pelbagai cubaan yang memungkinkan perpindahan ahli kepada parti lain," katanya. 

Sebelum ini, PAS Kawasan Kepala Batas diberi mandat mengepalai dan menganggotai 10 JKKK di kawasan Parlimen itu.


One Response

  1. Anonymous says:

    satu je...
    padan muka dulu pecat hasan ali dan nasaruddin,sekarang dah terbukti sapa yang benar....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.