..

..

NURUL IZZAH BUAT CERITA JUMPA JACEL KONONNYA PUJI MALAYSIA PULAK ..

on Friday, November 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempertahankan pertemuannya bersama Jacel Kiram dengan menegaskan ia diatur oleh pihak berkuasa Filipina.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau berlepas ke Filipina pada 9 November lalu bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada delegasi parti untuk bertemu pihak berkepentingan politik di negara itu.

"Dalam mesyuarat itu saya menekankan sokongan kami terhadap inisiatif kerajaan Malaysia dalam mengadakan rundingan damai di selatan Filipina.
"Saya ingin menegaskan sokongan saya dalam mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, individu yang ditemuinya adalah pemegang kepentingan yang sah dan pemimpin masyarakat sivil.

Mereka termasuk bekas Gabenor Batangas Hermilando Mandanas, Ahli Kongres Regina Reyes dan Silverstre Bello, Dekan Undang-Undang Amading Valdez, bekas ahli Kabinet Romy Nery, bekas Setiausaha Keadilan Wencie Andanar dan kakitangan Naib Presiden Filipina dan Datuk Bandar Manila.

Beliau berkata senarai itu diputuskan majlis mengenai hal ehwal Filipina dan Institusi Demokrasi Asia, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

Gambar Nurul bersama dengan anak perempuan bekas Sultan Sulu, Jacel H.Kiram Hasan tersebar di laman media sosial.

Pelbagai persoalan timbul mengapa Nurul bertemu Jacel yang juga anak kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan seramai 200 tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013. 


2 Responses

  1. Mak Bedah says:

    Jangan percaya dengan si pengkhianat PKR dan Tian Chua cina ni yang mahu pecah belahkan Sabah dari Malaysia.

    Pengkhianat Nurul Izzah dan Tian Chua kafir mesti dihukum!!!!

  2. Anonymous says:

    apa pun alasan izzah, satu huruf pun tidak boleh dipercayai , kita kenal bagaimana sikap dan pembelitnya keturunan anuar , kita kena dan tahu bgaimana perangai bapak dia , bagaimana perangai mak dia ..kita juga tahu kes fitnah izzah dengan segala macam alasan,

    bila dah kantoi , memang kreatif mencipta alasan , memang DNA pembohong sebelah mak dan bapak , tidak menghairankan ,

    apa pun , kami warga sabah akan mengingati izzah sampai bila2 , ingat ..luka kami masih berdarah belum kering dia curahkan pula cuka baru , hati kami yang mendingin kembali mendidih melihat perbuatan izzah, kami tidak akan maafkan izzah ,

    ingat ..kami tidak akan lupa !

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.