..

..

NORLELA BIDAS GUAN ENG ,ADUN TAK BOLEH JADI SEPERTI ROBOT TIDAK BERMINDA

on Tuesday, November 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Lima ADUN PKR yang bertindak tidak mengundi usul mengenai tebus guna tanah lebih 2,600 hektar dibawa oleh ADUN Barisan Nasional di DUN Pulau Pinang kelmarin adalah kerana mematuhi arahan Ketua Whip PKR.

Ini didedahkan oleh ADUN Penanti dari PKR, Dr Norlela Ariffin yang membidas dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam bahawa kelima-lima ADUN PKR itu sudah memihak kepada Umno.

"Dalam Dewan saya dapat arahan bertulis kata keputusan ialah untuk tidak mengundi dan tidak ambil bahagian dalam perbahasan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Sebelum itu saya dah tanya penasihat undang-undang dan beliau berkata kita sebagai penyokong, apa-apa usul yang akan dibentangkan kita perlu mengikut apa keputusan Ketua Whip (Ong Chin Wen) untuk PKR dan dia pun sudah keluarkan kenyataan yang kita undi berdasarkan kepada keputusan kepimpinan parti", katanya.

Selain Norlela, empat lagi ADUN PKR yang berkecuali adalah ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen; ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng; ADUN Batu Uban, T Jayabalan dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

"Tidak kisahlah usul datang daripada pembangkang atau kerajaan, itu tidak boleh jadi seperti itu. Kita tidak boleh jadi seperti robot tidak berminda, itu kaedah lama. 

"Saya tidak lihat apa yang tidak kena dengan apa yang kami lakukan (berkecuali) sebab kami mengundi, berdasarkan kepada Ketua Wrip PKR, undi berdasarkan kepada kebijaksanaan dan dalam berbahasan saya (16 November) saya sendiri cakap pasal penebusan tanah itu harus diadakan pendengaran awam," tambah Norlela.

Kelmarin DUN Pulau Pinang membincangkan usul yang dikemukakan ADUN Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

Menurut pembangkang, pembangunan di kawasan itu akan menyebabkan hidupan laut terancam kerana habitatnya terhapus, selain menjejaskan kehidupan kira-kira 500 nelayan di kawasan berkenaan.

Selepas dibahaskan, usul itu diundi dan akhirnya ditolak apabila ia hanya mendapat lapan undi sokongan, manakala 22 lagi menolak. Seorang ADUN DAP, Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) pula mengundi menyokong usul berkenaan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.