..

..

KSU MITI HINA PM ,MENTERI & KERAJAAN DEPAN DIPLOMAT ASING DISIASAT

on Tuesday, November 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dakwaan yang mengaitkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria bertindak memburukkan kerajaan dalam satu majlis makan malam dengan pihak asing akan disiasat.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai sangat serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau sendiri sudah berbincang dengan Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai perkara berkenaan.

 “Saya sudah berhubung dengan menteri dan beliau memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat. Kita anggap ini tuduhan serius dan kita akan siasat,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Isu mengenai dakwaan ke atas Rebbeca itu dibangkitkan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) dan beliau mendesak tindakan tegas diambil kerajaan jika siasatan nanti mendapati dakwaan tersebut benar.

Rebbeca dilantik sebagai Ketua Setia­usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mulai 6 Disember 2010 selepas penyandang terdahulu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, bersara wajib.

Dalam perkembangan ber­asi­ngan, Ahmad memberitahu, laporan Analisis Kos Faedah (CBA) Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) akan diedarkan kepada semua ahli Parlimen mulai minggu depan untuk membolehkan mereka meneliti sendiri kandungan perjanjian sebelum ditandatangani. Katanya, kerajaan percaya tempoh sebulan tiga minggu yang diberikan kepada ahli Parlimen mencukupi untuk mereka memahami setiap perincian kandungan perjanjian, sebelum Dewan Rak­yat mengadakan sidang khas untuk membahaskan isu TTPA.

 “Kita mengakui bahawa TTPA ini ada kos dan faedahnya tetapi kerajaan berpendapat, faedah yang akan dinikmati negara adalah me­lebihi kos.

 Namun atas dasar ketelusan dan keterbukaan, kita putuskan agar Dewan Rakyat sebagai pentas perbahasan,” katanya. Sementara itu usaha Utusan Malaysia menghubungi Rebecca gagal apabila talian telefonnya hanya dijawab oleh mesin pesanan suara. -


One Response

  1. Anonymous says:

    KIta tengok lah, Mungkin tiada apa2 tindakan diambil hanya sekadar amaran dan peringatan sahaja. Kerajaan mana berani.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.