..

..

KHALID IBRAHIM TERKEJUT AZMIN ALI NAIKKAN TARIF AIR , TAK IKUT OBJEKTIF ASAL PENSTRUKTURAN

on Thursday, November 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Azmin Ali terus dibidas kerana mengumumkan kenaikan tarif air tidak dapat dielakkan apabila penstrukturan industri air Selangor selesai.
Bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pengumuman bahawa tarif air sudah pasti naik selepas pengambilalihan keempat-empat konsesi air selesai adalah berlawanan dengan semangat serta niat asal rancangan kerajaan negeri untuk menstrukturkan semula industri air negeri.
Khalid berkata, menurut pelan awal, kenaikan tarif air akan hanya dipertimbangkan selepas industri perkhidmatan air berjaya distrukturkan semula dalam tiga hingga empat tahun dan kenaikan itu dijamin tidak melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun.
“Saya terperanjat dengan perubahan mendadak dasar awam seperti ini. Objektif asal rancangan penstrukturan itu adalah untuk menjaminkan perkhidmatan air efisien untuk rakyat pada tarif berpatutan.
“Saya yakin banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dan boleh dilakukan sebelum langkah drastic seperti meningkatkan tarif air dilaksanakan yang akan hanya membebankan rakyat yang kini dilanda kenaikan kos kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Khalid yang merencana dan mempelopori usaha penstrukturan itu ketika menjadi MB berkata, kerajaan negeri sepatutnya memperkenalkan langkah menjimatkan kos sebelum membuat keputusan memindahkan kos kepada pengguna.
Katanya, ini boleh dilakukan dengan mengelakkan pembaziran dan ketirisan dalam kos operasi melalui pengurangan perbelanjaan tidak diperlukan, mengurangkan kontrak pelbagai tahap dan menghentikan serta-merta pemberian kontrak kecil.
Semalam, Azmin memberitahu DUN kenaikan tarif air akan dilaksanakan apabila kerajaan negeri Selangor selesai mengambil alih semua keempat-empat konsesi air di negeri ini.
Katanya, kos sudah pasti naik bagi memastikan perkhidmatan air berkesan tetapi pada masa sama beliau menekankan kajian semula tarif itu tidak akan membebankan rakyat.
Kos penstrukturan semula industri air Selangor dijangka meningkat berbanding jangkaan awal berikutan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) menolak tawaran terbaru negeri sebanyak RM250 juta untuk mengambil alihnya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Pasal si khalid ibrahim ni lah selangor jadi jahanam. Lagi jahanam sebab pkr dap dan pas..tambah pulak geng umno..lagi jahanam..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.