..

..

KERAJAAN DAP MENIPU RAKYAT TENTANG JUMLAH KELUASAN TAMBAK LAUT - BN P.PINANG

on Saturday, November 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





GEORGETOWN, 27 Nov – Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menyifatkan kerajaan pimpinan DAP itu sebagai tidak jujur atas kegagalan mereka memaklumkan kepada DUN bahawa sebenarnya sebanyak 211 ekar tebus guna tanah diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan bukannya 60 ekar tanah seperti yang didakwa.
“Penipuan mereka berterusan apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng member kenyataan tidak benar pada 10 Sept lalu di mana beliau menafikan tambakan secara besar-besaran akan terjadi.
“Malah mengugut akan menyaman mana-mana media yang melaporkan tentang penambakan secara besar-besaran pada hal kerajaan Pakatan Harapan telah tebus guna tanah sebanyak 4,211 ekar dalam masa lapan tahun sahaja berbanding tebus guna tanah yang diluluskan BN sebanyak 1,420 ekar dalam masa 40 tahun,” katanya pada siding media di sini, hari ini.
Teng turut mendakwa exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow dalam sesi temubual bersama akhbar Sin Chew Daily pada 25 Nov lalu mengesahkan bahawa sebanyak 4,000 ekar hak menambak sebagai perjanjian pertukaran tanah untuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.
“Inilah yang cuba kami kemukakan,” katanya.
Sementara itu pada sidang media yang sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad sekali lagi menegaskan usul isu projek tambakan laut adalah bagi menyuarakan kebimbangan rakyat negeri itu berkenaan pengurusan harta dan khazanah negeri oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
ADUN BN itu, yang mengemukakan usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas berkata terdapat beberapa keputusan dan tindakan kerajaan negeri yang menimbulkan keraguan dan kebimbangan rakyat.
Muhamad Farid memberitahu projek yang menimbulkan kebimbangan dan keraguan itu adalah projek Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut, projek Tambakan Persisiran Pantai Gurney Drive dan Penambakan Kawasan Laut pesisir Permatang Damar Laut.
Beliau menjelaskan kawasan pesisiran pantai Gurney Drive bukan sebahagian dari kawasan yang diluluskan sebelum ini oleh kerajaan BN untuk tambakan laut dalam projek Seri Tanjung Pinang Fasa 2.
“Kerja-kerja menambak kawasan laut seluas 131 ekar ini diberikan kepada syarikat pemaju E&O dan menjadi sebahagian dari pakej Seri Tanjung Pinang Fasa 2 sebagaimana diumumkan E&O Berhad kepada Bursa Malaysia.
“Oleh itu berapa pula nilai tanah bagi kawasan tersebut apabila sudah siap ditambun? Sudah pasti mencecah ribuan jutaan ringgit,” katanya.
Muhamad Farid berkata perkara itu pastinya akan menimbulkan kesan-kesan negatif ekoran kerja-kerja pengorekan dan penambakan laut.
Dalam sidang DUN Pulau Pinang Jumaat lepas, beliau membentangkan usul meminta kerajaan negeri membuat pendengaran awam terhadap projek penambakan laut.
ADUN Pulau Betong itu juga menuntut projek baharu penambakan laut digantung sehingga kajian lanjut dijalankan bagi memastikan tiada kesan buruk ke atas alam sekitar, serta membatalkan projek yang membawa kesan negatif kepada alam sekitar.
Namun, usul itu ditolak selepas gagal mendapat sokongan majoriti iaitu hanya 10 ADUN menyokongnya sembilan daripada BN dan seorang daripada DAP, manakala 23 daripada Pakatan Harapan menolaknya. Lima Adun daripada PKR memilih untuk berkecuali terhadap usul itu.
Mengulas lanjut berkenaan penambakan di kawasan Permatang Damar Laut, Muhamad Farid berkata nelayan di kawasan berkenaan secara umumnya menyaksikan  aktiviti pengukuran yang dibuat di kawasan itu termasuk terdapat bantahan daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
“Jadi atas kesedaran inilah saya membawa usul supaya diberi penekanan agar Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar dilaksanakan terlebih dahulu untuk mana-mana projek yang memerlukan kajian dilaksana sebelum kerajaan negeri melantik kontraktor pelaksana projek dan yang paling penting kajian itu perlu dibawa kepada pendengaran umum,” kata Farid.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.