..

..

Kerajaan DAP goyang, AMK desak Guan Eng tarik balik kenyataan

on Sunday, November 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG KEPADA KETUA MENTERI PULAU PINANG


Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang amat kecewa terhadap tuduhan YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keadilan memihak kepada UMNO adalah tidak wajar.

Tuduhan tidak berasas ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang Ketua Kerajaan kepada ADUN yang menyokong kepimpinan beliau sejak 2008.

Keputusan untuk tidak mengundi pada usul isu tebus guna tanah seluas lebih 2, 600 hektar itu tidak boleh dijadikan kayu ukuran untuk sewenang- wenangnya menuduh ADUN KEADILAN memihak kepadaUMNO.

5 ADUN Keadilan yang mempunyai pandangan berbeza dan menyatakan pendirian untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan perlu dihormati. Mereka juga  bukan semata - mata perlu menjadi boneka DAP walaupun ADUN Keadilan adalah sebahagian daripada organisasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP sepatutnya lebih memandang serious terhadap ADUN Tanjung Bungah dari Parti DAP yang terang - terangan menyokong usul tersebut sewaktu undian dijalankan dan memihak kepada UMNO yang menjadi pembangkang di dalam DUN Pulau Pinang sebelum membuat tuduhan melulu dengan melabel ADUN Keadilan memihak kepada UMNO.

Oleh yang demikian, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu YAB Lim Guan Eng menarik balik tuduhan yang dilemparkan serta memohon maaf atas ketelanjuran beliau membuat tuduhan melulu terhadap 5 ADUN Keadilan secara terbuka.

Sekian,


Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Pulau Pinang
22 Nov 15


4 Responses

  1. Anonymous says:

    syabas..
    Kalau di Selangor penempatan HARAM Cina mahu di halalkan dan ditukar NAMA kampong CINA. Begitu juga di perak diberikan hak 999 tahun.

    Di Penang, kampong warisan Melayu & India dirobohkan untuk perumahan Cina..

    ini semua perlu dielakkan..Cina ada China..Melayu merantau satu dunia hanya ada Malaysia

  2. Anonymous says:

    Wayang Tongkoi dah mula. DAP mau pun PKR. pakat dok pekena topeng masing-masing.

    Yahoo!

  3. Anonymous says:

    Gempaq saja tuuu. PKR dan AMK tak boleh buat apa2. Depa tak berani nak menguit pun.
    He he he....

  4. Kenyataan bengong, kalau sejak 2008 sokong DAP, tentu tahu perangai Guan Eng,Kalau ahli DAP tegur mungkin dia akan pertimbangkan, yg lain, berambus ! Bak kata Ford " catlah apa warna pun warna kerata itu, asalkan ianya hitam"

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.