..

..

KANTOI ! TUDUHAN MP SEPANG TIADA SUBSIDI ELEKTRIK MENIPU, MASIH KEKAL DALAM #BAJET2016

on Thursday, November 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Isu subsidi elektrik tiada dalam bajet 2016
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin melalui 'posting' laman Facebook Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa bahawa subsidi elektrik tahun 2015 sebanyak RM150juta akan dipotong kesemuanya dalam bajet 2016 dan ini bermakna dalam tahun 2016 rakyat tidak lagi menikmati subsidi elektrik lantas tarif elektrik akan naik.

Jawapan :
Ini adalah antara tuduhan-tuduhan rambang yang sering dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang. Ia menunjukkan kebanyakkan dari mereka tidak meneliti initipati Bajet yang dibentangkan oleh dengan sempurna.
Sebenarnya dalam Bajet 2016, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik. Cuma dalam Bajet 2016, peruntukkan subsidi bil elektrik ini dirangkumkan dibawah peruntukkan MOF B11 020500 iaitu dibawah tajuk 'Subsidi dan Bantuan Tunai' yang keseluruhannya berjumlah RM10.63billion.
Ini adalah antara satu langkah kawalan dan inisiatif rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam 2016.

Kesimpulannya disini, Kerajaan akan kekal memberi subsidi elektrik dibawah peruntukkan 'Subsidi dan Bantuan Tunai' dalam Bajet 2016. 

Oleh yang demikian, dakwaan tentang tiada subsidi elektrik dalam tahun 2016 yang mengakibatkan tarif elektrik naik adalah satu tuduhan pembangkang yang berniat untuk mencemar nama baik parti yang memerintah.

LOKMAN ADAM
PANEL PEMIKIR JASA 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.