..

..

JAWAPAN KEPADA FITNAH AKMAL NASIR KURSUS YAPEIM DI PARIS

on Tuesday, November 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pengerusi National Oversight and Wistleblowers (NOW), Akmal Nasir, semalam sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengemukakan fitnah kedua tentang perbelanjaan YAPEIM berkaitan 'Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keushawanan dan Pengurusan'.

Beliau yang turut menerima 'Letter of Demand' daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom semalam gagal untuk menegakkan benang basahnya untuk menyebarkan fitnah. Baca penerangan mengenai program Simposium Perdana Paris 2014 Dari kacamata penganjur / urusetia yang terdiri dari kalangan pihak pelajar seperti di bawah:

1) Tujuan post ini, bukan untuk menyokong atau membantah pendedahan yang dibuat oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW). Sebaliknya ia merupakan perspektif peribadi saya sebagai penganjur/urusetia dari pihak pelajar.

2) Sebagai makluman, program 'Simposium Perdana Paris : Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan & Pengurusan' yang akan diulas ini langsung tiada kaitan dengan program ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah' dan ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’. Simposium Perdana Paris yang telah dilaksanakan merangkumi dua aspek utama ; 'Kursus PraPerkahwinan' dan 'Kursus Keusahawanan dan Pengurusan' yang telah berlangsung pada 26-28 Disember 2014 di Paris.

3) Dalam usaha untuk memperkukuhkan asas-asas keagamaan di kalangan masyarakat Islam dan memberi ruang mendalami cabang ilmu pengetahuan agama, JAKIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program khas di Paris.

4) Menyedari keperluan semasa dan permintaan yang tinggi daripada pelajar Malaysia di luar negara, program ini dirangka bagi membantu memberi kemudahan kepada pelajar menghadiri Kursus PraPerkahwinan sebagai persediaan melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan, membincangkan isu-isu semasa, memperkasakan diri menghadapi cabaran akidah, syariah dan akhlak serta memupuk silaturahim sesama insan. Dan sijil yang dikeluarkan adalah sah laku seumur hidup.

5) Program kali ini juga menawarkan kursus keusahawanan dan pengurusan yang bertujuan meningkatkan potensi diri dan mengenalpasti bakat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Secara tidak langsung, ia dapat membangkitkan dan menanam semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang perniagaan dan memberi pengetahuan asas pengurusan.

6) Program ini dikendalikan oleh Kelab SANTUN-YaPEIM Eropah dengan kerjasama Malaysian Students’ Association in France (MASAF) dan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Perancis, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).

7) Bagi melicinkan perjalanan program, pelbagai kemudahan (pengangkutan, penginapan dan makan minum) telah diberikan kepada para peserta (pelajar Malaysia) yang hadir dari negara-negara berdekatan seperti United Kingdom, Poland, Russia, Ireland dan tidak lupa juga pelajar dari Perancis.

8) Menurut JAKIM, YaPEIM tidak menyalahgunakan wang kerana segala pengeluaran perbelanjaan yang digunakan untuk penganjuran program adalah mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan.

9) Alhamdulillah hampir seramai 10 orang peserta yang hadir telah mendirikan rumahtangga mereka beberapa bulan selepas program ini tamat. Mabruk serta selamat pengantin baru kepada kalian.

10) Selaku penganjur/urusetia program (Pihak Pelajar), saya merasakan program ini merupakan suatu program yang bermanfaat kepada semua pelajar dan berjaya memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Dan mungkin dari sudut perbelanjaan, ianya perlu diteliti kembali walaupun tatacara pengeluaran perbelanjaan adalah mengikut peraturan.

11) Akhir kata, biarlah pihak berkuasa (yang bertanggung jawab) menyiasat dan menentukannya. Dan marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan berdoa yang terbaik untuk Malaysia.

16 November 2015

Nik Mohammad Izzul Azfar Nik Razali
Timbalan Pengarah Program
SIMPOSIUM PERDANA PARIS 2014
*Rujuk laporan SIMPOSIUM PERDANA PARIS oleh KLN, di sini.

Saya tertarik dengan kenyataan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom yang berkata,
"Apa salahnya YAPEIM menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar-pelajar luar negara?"






Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/11/fitnah-kursus-kahwin-yapeim-di-paris.html#YSG3BBlZ2sydUcJ2.99


One Response

  1. Anonymous says:

    Mamat lembut ni dah kawin ke belom....kikiki..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.