..

..

JAMIL KHIR BUAT LAPORAN POLIS TENTANG FITNAH PENGARAH NOW

on Monday, November 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini hari ini berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Beliau yang tiba di IPD Putrajaya pada pukul 2.30 petang bersama peguam, Adnan Seman@Abdullah dan beberapa pegawainya.

Jumaat lepas, portal berita, The Malaysian Insider melaporkan dakwaan Pengarah NOW (National Oversight and Whistleblowers) Akmal Nasir mengenai lawatan Jamil Khir dan mendedahkan beberapa dokumen yang merujuk kepada perbelanjaan menteri itu ke luar negara untuk menghadiri program dan dibiayai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pada hari yang sama, Jamil Khir menjelaskan bahawa lawatannya ke Amerika Syarikat pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama YaPEIM dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika, termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika serta Kanada.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis, Jamil Khir berkata dakwaan Akmal mengenai program di Amerika Syarikat bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim merupakan satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Saya mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah NOW (Akmal) yang melakukan fitnah jahat dan tuduhan keji kepada saya.

"Saya sentiasa bersedia dan terbuka untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku," katanya.

Ditanya sekiranya Akmal enggan meminta maaf, Jamil Khir berkata “kita jumpa di mahkamah”.

Dalam laporan polis itu, Jamil Khir berkata Akmal secara sengaja memfitnah dan dengan niat jahat mencadangkan kepada umum bahawa beliau seorang menteri yang korup, mencuri dan menyalahgunakan duit anak yatim dan tidak amanah.

"Ini satu serangan terhadap saya di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai menteri," katanya.
Sementara itu, Adnan berkata pihaknya (Adnan Sharida & Associates) akan mengeluarkan satu lagi surat tuntutan esok (Isnin) bagi mengarahkan Akmal menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara lisan dan bertulis.

“Kita akan beri Akmal dua hari (menarik balik kenyataan, memohon maaf) Jika gagal, kita akan memfailkan saman di mahkamah...paling lewat pada Jumaat,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.