..

..

JAMIL KHIR BIDAS FITNAH NOW YANG DEDAHKAN TAK HABIS PROGRAM YAPEIM DI US

on Friday, November 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



13 NOV: Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata National Oversight and Whistleblowers (NOW) tidak bertindak adil kerana gagal menyatakan secara keseluruhan program beliau di Amerika Syarikat (AS).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kehadirannya di sana adalah bagi menghadiri sebuah majlis bersama agensi-agensi yang disusun secara “Strategi Lautan Biru” dimana pihak JAKIM, JAWI, MAIWP dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bergabung bersama dan YaPEIM sebagai penganjur.
“Saya merasakan cara NOW membuat dakwaan berkaitan YaPEIM dengan tidak menjelaskan keseluruhan program melibatkan saya di USA adalah tidak berkeadilan sedang keseluruhan program adalah bersama agensi-agensi dibawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Ini kerana program yang saya hadiri di Washington itu adalah Majlis bersama antara agensi-agensi dimana program ini melibatkan anak-anak Santun tajaan YaPEIM yang berada di seluruh USA Kanada,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Pengarah NOW, Akmal Nasir yang mendakwa Jamil Khir telah  menggunakan RM410,978.56 wang YaPEIM.
Akmal dalam kenyataan itu juga mendakwa Jamil Khir dan isterinya telah menggunakan wang anak yatim dan miskin untuk membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli-belah.
Menjelaskan perkara tersebut, Jamil Khir berkata program yang dihadiri itu melibatkan Kursus kepada pelajar melalui program Kenegaraan dan Perniagaan yang dilaksanakan oleh YaPEIM sendiri.
Selain itu, kursus Pra Perkahwinan turut diadakan bagi membantu pelajar-pelajar untuk memenuhi syarat kahwin yang dikeluarkan sijil oleh JAWI dengan kerjasama MAIWP dan JAKIM.
Malah pada masa yang sama, Jamil Khir turut dijemput oleh kedutaan bagi merasmikan program Sukan Tahunan Pelajar Malaysia di AS dan Kanada yg dihadiri oleh 1,000 pelajar Malaysia yang dibuat dengan kehadiran Duta Malaysia di AS.
“Di kesempatan Perasmian Sukan ini Duta Besar Malaysia di AS mengatur permainan golf yang saya turut hadiri bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan,” ulasnya bagi menjawab dakwaan Akmal itu.


One Response

  1. Fun says:

    Kalau NOW tu memfitnah, eluk saman cepat2. Jangan biarkan fitnah dijadikan budaya sesuka hati.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.