..

..

GUAN ENG JAWAB ISU PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN SALLEH MAN TAK PENTING @dzainalabidin @ReezalMerican

on Monday, November 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu PAS Permatang Pauh & P.Pinang memutuskan hubungan dengan Adun Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man terus panas hingga ditanya di sidang DUN mengenai status ini.

Ia dibangkitkan oleh Adun BN Pulau Betong Yb Farid Saad kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng tetapi jawapanya soalan atau isu itu tidak penting .

Keputusan Salleh Man menyokong kerajaan Pakatan Harapan di P.Pinang jelas membelakangi keputusan Pas Pusat .

Adakah Salleh Man bakal dipecat PAS atau beliau sendiri meninggalkan parti itu seperti mana rakan-rakannya yang lain sertai PAN iaitu sekutu DAP .

Menariknya dalam isu ini juga menunjukkan berlaku pepecahan PAS di Permatang Pauh dan adakah mereka juga memutuskan hubungan dengan Wan Azizah dan PKR ??






PAS Kawasan Permatang Pauh pada Ahad mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata PAS kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas.

"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh Man dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan  bertentangan dengan pendirian PAS pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di sini Ahad.

Katanya, pendirian PAS pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada 2 November, Salleh Man mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Omar yang juga timbalan Yang Dipertua 2 PAS Pulau Pinang, berkata keputusan itu yang mendapat persetujuan PAS negeri, akan dimaklumkan kepada PAS pusat.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.