..

..

GUAN ENG DAH MAIN TAI CHI , CUBA KUASAI PKR PASTIKAN TUNDUK JADI YES MAN @dzainalabidin

on Tuesday, November 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hebat tai chi apek Guan Eng ...bila dirinya diserang oleh media ekoran tindakan 5 Adun PKR berkecuali dalam pengundian usul tambak laut di sidang DUN , dia cuba mengalihkan pulak serangan itu kepada PKR .

Dia mendakwa dalam PKR yang bermasalah kerana ada 2 kem dan kerajaannya hanya iktiraf PKR  di bawah TKM 1 Rashid Hasnon . 

Bila dia sebut  hanya iktiraf  PKR negeri  versi Rashid Hasnon  , sebenarnya itu  taktik menguasai PKR dengan  mengugut 5 Adun  itu agar tunduk balik kepadanya dan jadi YES MAN  .

Hanya dirinya sahaja yang berhak bercakap di P.Pinang dan orang lain hanya ikut sahaja keputusan walaupun isu tambak laut ini akan mengakibatkan nelayan hilang mata pencarian . 

Apa tindakan PKR negeri ?  Desakan AMK tarik balik kenyataan tidak dilayan tokong DAP ini dan kini dia pulak dakwa PKR sendiri yang bercakaran dalam parti ..haha



Kerajaan DAP P. Pinang hanya iktiraf ADUN PKR dipimpin Mohd Rashid Hasnon

Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengiktiraf Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR di bawah pimpinan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau mendakwa kini terdapat dua kumpulan dalam kalangan wakil rakyat PKR di Dewan Undangan Negeri iaitu ADUN Pantai Jerejak (Mohd Rashid) dan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen.

"Selepas pengundian dijalankan di dewan ada dua kumpulan dalam PKR. Satu dipimpin Datuk Mohd Rashid Hasnon bersama dua anggota Exco, Dr Afif Bahardin dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim serta timbalan speaker Datuk Maktar Shapee. Lima ADUN lain dipimpin Ong Chin Wen.

"Hari ini saya rasa, ketua cabang PKR Bagan dan Pengarah Komunikasi PKR negeri Farid Arshad telah menyatakan sokongan kepada Datuk Mohd Rashid. Saya rasa itu penting kerana kami nak tahu (ADUN) PKR mana berada di bawah pimpinan Datuk Rashid dan Ong Chin Wen.

"Kerajaan negeri hanya mengiktiraf pimpinan di bawah Datuk Rashid kerana beliau dipilih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek membina jambatan melintasi parit di Jalan Pangsapuri Emas, di sini hari ini.

Isu berhubung ADUN PKR itu timbul berikutan lima wakil rakyat parti itu memilih berkecuali sewaktu undian dijalankan terhadap usul Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mencadangkan semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas (20 Nov).
Lima ADUN PKR yang berkecuali itu ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah); Dr Norlela Ariffin (Penanti); Lee Khai Loon (Machang Bubuk); Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (Batu Uban).

PKR mempunyai 10 kerusi DUN. Dua lagi ADUN PKR, Datuk Law Choo Kiang (Bukit Tambun) dan Datuk Maktar Shapee (Sungai Bakap) tidak boleh mengundi kerana masing-masing adalah speaker dan timbalan speaker DUN.

Lim, bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan PKR untuk menyelesaikan isu itu.
Ditanya mengenai desakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang mahu beliau menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya melabel lima ADUN berkenaan memihak kepada Umno, Lim enggan mengulas isu itu.

Sementara itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata kerajaan DAP Pulau Pinang menerima dengan hati terbuka perletakan jawatan 1,083 anggota PAS sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.

"Kami ucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang mereka berikan sebelum ini. Kami akan bincang perkara lain sehingga kita terima surat. Saya rasa ahli PAS yang menjadi ahli Parti Amanah Negara boleh meneruskan perkhidmatan mereka," katanya.

Semalam, Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mengarahkan kesemua 1,083 anggota JKKK daripada parti itu di negeri ini, meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.