..

..

GUAN ENG BENTANG BAJET KERAJAAN P.PINANG DEFISIT 5 TAHUN BERTURUT-TURUT @dzainalabidin @JaharaHamid

on Saturday, November 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan DAP Pulau Pinang buat ta­hun kelima berturut-turut mem­ben­tangkan anggaran bajet defisit pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bajet keseluruhan yang dicadangkan bagi tahun depan adalah sebanyak RM1.105 bilion yang menyaksikan pertambahan RM112.83 juta berbanding bajet keseluruhan RM992.82 juta bagi 2015.

 Guan Eng (DAP-Air Putih) berkata, anggaran bajet mengurus juga meningkat sebanyak RM92.29 juta kepada RM979.53 juta berbanding tahun sebelumnya.

 “Peningkatan ini berpunca daripada pertambahan caruman sebanyak RM220 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan berbanding hanya RM120 juta disediakan pada 2015,” katanya.

Pada tahun lalu, kerajaan DAP Pulau Pinang turut membentangkan anggaran defisit sebanyak RM230.31 juta berdasarkan kutipan hasil yang dijangka.

 Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) melihat pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan itu bersifat populis semata-mata.

 Katanya, walaupun Guan Eng mengkritik Bajet 2016 yang dibentangkan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini, malangnya bajet negeri pula dibuat dengan menyembunyikan kos.

“Pada penghujung tahun, mereka (kerajaan negeri) akan mengatakan ini adalah langkah penjimatan yang dilakukan dengan membuat perbandingan kononnya penjimatan selama tujuh tahun bersamaan dengan tempoh 50 tahun oleh BN,” katanya.

Dalam hal itu, Jahara berkata, BN lebih telus apabila tidak pernah menyembunyikan kos seperti dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.