..

..

DAP RASIS , MAHU TUKAR NAMA BAGAN NAKHODA OMAR KEPADA NAMA CINA !!

on Friday, November 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


DAP RASIS ! ... Kalau di P.Pinang , isu pembesar suara azan menjadi pertikaian manakala  di Selangor nama tempat berasal dari Melayu dicadangkan  ditukar kepada nama CINA sebabnya kaum mereka majoriti mendiami di situ . 
Begitu kuatnya  sikap  chauvinisnya DAP ini hingga mereka begitu benci akan nama tempat Melayu didiami mereka. Mereka lupa orang Melayu adalah penduduk asal tanahair ini dan kini begitu biadap mahu menukar nama tempat itu kepada nama kaum mereka . 
Ini mereka baru berkuasa di P.Pinang dan Selangor ...bayangkan jika mereka berkuasa di negara dan apa akan jadi kepada nasib bangsa Melayu . Nama tempat pun mahu ditukar hingga ke nama kaum mereka , inikan pulak nak hormat hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam . 
Kepada rakyat melayu Selangor, ini lah akibat jika tersalah pilih parti dan pemimpin terutama dari kalangan DAP. Semua mereka ingin tukar, mungkin juga selepas ini kita tidak lagi melihat tulisan-tulisan jawi dan nama yang berunsurkan melayu di negeri Selangor.


DAP Selangor mahu kerajaan negeri mempertimbangkan untuk menukar nama kampung nelayan `Bagan Nakhoda Omar’ (BNO) kepada nama Cina kerana majoriti penduduk di situ adalah kaum Cina.
Gesaan itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha DAP Negeri, Ng Suee Lim yang turut meminta supaya status tanah rizab Melayu di situ ditukar, lapor The Rakyat Post.
“Dan saya cadang, kalau esok kita berjaya tukar dan warta, batalkan (status) Bagan Nakhoda Omar ini kerana ia diduduki ramai, hampir 100%, penduduk nelayan Cina.
“Jadi nama dia kena tukar. Kita kena tulis Bagan Nakhoda Chong,” katanya pada sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan berkata nama Omar itu mengingatkan penduduk di situ kepada Datuk Seri Noh Omar yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Tuntutan Ng itu bagaimanapun disanggah oleh Adun Barisan Nasional (BN) Permatang, Datuk Sulaiman Razak yang menyifatkan ia sebagai rasis.
“Sekinchan kuat sangat rasisnya. Kalau buat (tukar), jangan kuat sangat sampai nama pun nak jadi isu.
“Nama itu sudah lama digunakan. Ini tidak profesional. BNO bukan Bagan Nakhoda Noh Omar tetapi Nakhoda Omar,” katanya.
Dalam pada itu, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengingatkan beliau nama kampung itu tiada kaitan dengan Noh dan menyatakan kerajaan negeri akan menyemak dengan Pejabat Tanah dan Galian berhubung status tanah rizab Melayu itu.
“Kita boleh batalkan dan gantikan tapak lain dengan nilai yang sama. Pastinya kita nak tengok susun atur bangunan kampung sedia ada supaya masalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat dapat diambil kira,” katanya tanpa menyatakan sama ada beliau bersetuju status tanah itu perlu ditukar atau tidak. - PRU14-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.