..

..

DAP DICABAR DEDAH PERJANJIAN PROJEK TAMBAK LAUT KEPADA RAKYAT @dzainalabidin @JaharaHamid

on Sunday, November 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menggesa Kerajaan Negeri mendedahkan kepada umum semua perjanjian mengenai projek tebus guna tanah sekarang, jika kerajaan negeri begitu yakin bahawa terma mereka adalah jauh lebih baik untuk rakyat daripada terma yang dipersetujui oleh pentadbiran sebelumnya. 


Teng berkata, kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP seperti diduga menolak usul BN negeri mengenai projek tebus guna tanah pada persidangan dewan undangan negeri semalam. 


"Bagaimanapun, kami berasa gembira seorang anggota Parlimen DAP memutuskan untuk mengundi dengan mengambil kira kebajikan rakyat manakala lima anggota Parlimen daripada PKR berkecuali, menunjukkan hati nurani mereka adalah jelas untuk rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Teng berkata apabila BN mengemukakan usul itu, ia bersedia menerima apa saja keputusan yang diambil oleh pentadbiran sebelumnya diperiksa oleh orang ramai. 

"Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP selama ini bercakap besar mengenai pentadbiran berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) tetapi jelas bahawa CAT telah lama berkubur. 

"Keengganan untuk mendedahkan kepada umum perjanjian konsesi mengenai projek tebus guna pada masa lalu dan masa kini dan mengadakan perbincangan umum mengenai semua projek tebus guna tanah yang dijalankan sekarang, jelas menunjukkan bahawa CAT telah berkubur," katanya.

 Teng berkata, walaupun usul itu telah ditolak tetapi hakikat bahawa 16 anggota parlimen melahirkan keraguan mengenai semua projek tebus guna di negeri ini, menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri pimpinan DAP harus mengambil kira keprihatinan rakyat.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.