..

..

DALANG JATUHKAN NAJIB MEMPERGUNAKAN KETUA CAWANGAN UMNO DIKENALPASTI @Zahid_Hamidi

on Monday, November 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dapat 'menghidu bau' dalang yang cuba mempergunakan pemimpin akar umbi untuk menjejaskan kepimpinan parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dalang tersebut mempergunakan ketua-ketua cawangan Umno untuk mencampuri urusan parti itu termasuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.

"Kita fikir eloklah dalang berkenaan sama ada dalang yang nampak atau tidak nampak mengikut perundangan sedia ada.

"Saya tidak berhasrat untuk menghentak hati mana-mana pihak, (kerana) Umno hidup dan terus relevan, perkara ini harus dihormati oleh semua ahli dan kepimpinan Umno," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China, di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

Perkara itu diumumkan ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah mengadakan satu pertemuan, di Port Disckson, semalam.

Ini kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti Najib memimpin parti itu.

Mohd Isa juga mendakwa pihaknya mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain di seluruh negara dan bercadang untuk mengadakan himpunan besar-besaran bulan depan.

Bagaimanapun lokasi untuk perhimpunan itu masih belum ditetapkan.

Terdahulu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar kawasan Telok Kemang turut mendesak Najib berbuat demikian, pada bulan lalu.

Manakala Rabu lalu pula sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang turut menggesa perkara yang sama



*** Setiap Ketua Cawangan yang mendesak Najib letak jawatan ini semuanya telah dirancang oleh pihak yang mahu jatuhkan Najib. Orang yang merancang hanya duduk disebalik tabir tetapi yang ke depan hanya macai untuk bercakap . 





5 Responses

  1. Anonymous says:

    Eloklah Zahid Hamidi dedahkah siapakah dalang itu, jangan hanya menipu tanpa tahu apa-apa.

    Kalau benar Zahid di pihak yang benar, sila dedahkan siapakah dalang itu dan kita dengar pula apakah jawapan dari orang yang dituduh sebagai dalang itu, eloknya adakan sesi perdebatan di TV1, moderatornya Suhaimi dan Sayed Munawar.

    Ada berani ke? Sila sahut cabaran ini jika di pihak yang benar.

  2. Anonymous says:

    Ingat!!!akar umbi bodoh???? apa yg berlaku semua dirancang....open your mind please..

  3. Anonymous says:

    UMNO perlukan calun yg pro rakyat bukannya pro kroni atau kepentingan peribadi sahaja.

  4. Anonymous says:

    Tak perlu lah datonain presiden umno risau jika ada dalang utk jatuhkan najib sebab, ketua cawangan adal ahki umno juga, biar lah mereka luahkan perasaan agar tidak terkilan, apatah lagi najib sendiri bercakap sbyk3 juta ahli bersama, jadi kalau ditolak 34, masih berjuta2 dibelakang najib.

  5. Anonymous says:

    Pokok yang paling besar pun boleh tumbang dek akar umbinya. Kalau nak jaga pokok pun kenalah bajakan akar umbinya. Hasil pokok diambil tapi baja tak diberi. Pokok dah mula layu dan sedang menunggu masa tumbang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.