..

..

CAWANGAN DAP DI KAWASAN MELAYU DISERTAI AHLI PAS BUKANNYA SOKONGAN BARU @dzainalabidin

on Saturday, November 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Dap dilihat mula bimbang akan hilang sokongan masyarakat Cina sehingga sanggup membuka cawangan di kawasan perkampungan Melayu di negeri ini bagi menarik sokongan kaum itu.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya berkata bagaimanapun cawangan baharu Dap hanya disertai anggota parti daripada pakatan mereka sendiri berikutan kecewa dengan kedudukan parti berkenaan.
“Memang betul, baru-baru ini ada beberapa cawangan baharu parti Dap di kawasan perkampungan Melayu di sini (Kepala Batas), tindakan parti itu
dilihat untuk menarik sokongan orang Melayu selepas sokongan dari Cina semakin merosot.
“Perkara itu kita boleh lihat sendiri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana ada wakil rakyat Dap dan PKR juga dari kaum Cina yang mula tidak memberi sokongan kepada parti itu (Dap) terutama sekali Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) sebab itu beliau mula guna strategi lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 200 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Tasek Gelugor, di sini, hari ini
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan beberapa portal berita yang melaporkan Lim, yang juga Setiausaha Agung Dap, merasmikan enam buah cawangan baharu parti Dap dianggotai orang Melayu di Kepala Batas baru-baru ini.
Shabudin, yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor, berkata mereka yang menyertai Dap itu juga sebelum ini memang penyokong parti itu dan bukanlah mendapat sokongan baharu seperti diwar-warkan mereka.
“Bagaimanapun siasatan dan risikan kami mendapati cawangan baharu itu disertai ahli parti pakatan dalaman mereka juga iaitu Pas kerana kecewa dengan kedudukan Pas, jadi bukanlah ‘ahli baharu’ sebalik orang yang sama dan hanya bertukar ‘kapal’ sahaja.,
“Jadi saya minta orang ramai terutama orang Melayu agar lebih berwaspada dengan taktik Dap yang menwar-warkan seolah mereka telah mendapat sokongan daripada kita (Melayu),” katanya.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya membelanjakan sebanyak RM100,000 bagi sumbangan kepada 700 pelajar yang mendapat tawaran menyambung pelajaran ke IPT sepanjang tahun ini.
“Sumbangan itu diberikan mengikut kategori iaitu bagi peringkat sijil mendapat RM100, diploma (RM150) dan ijazah sebanyak RM200 setiap pelajar,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.