..

..

ASYRAF WAJDI NASIHAT RAKYAT BERLAKU ADIL MENILAI ISU YAPEIM

on Friday, November 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BERLAKU ADIL DALAM MENILAI ISU YaPEIM
Pendirian saya sejak berada dalam industri kewangan Islam samaada sebagai Penasihat Syariah dan Lembaga Pengarah beberapa institusi perbankan Islam dan Takaful sehinggalah diamanahkan menerajui YADIM dan sekarang sebagai TM masih kental dan sama iaitu, mana2 institusi yang berlabel Islam mesti mempunyai nilai integriti dan urus tadbir yang tinggi. 
Dengan kata lain bukan hanya sentiasa memastikan operasi dan pengurusan organisasi mematuhi segala peraturan dan undang2 manusiawi tetapi juga undang2 Syariah meliputi soal moral dan akhlak atau istilah Inggeris, "legally and morally right".
Dalam konteks isu YaPEIM yang sedang hangat diviralkan, kita harus berlaku adil untuk memberi ruang kepada penyiasatan secara holistik yang sedang dilakukan oleh SPRM atas pelbagai tuduhan dan dakwaan salah laku.
Harus difahami juga sebagaimana yang dijelaskan oleh YaPEIM dalam kenyataan mereka semalam, YaPEIM bukannya organisasi yang bergantung kepada geran kerajaan mahupun dana awam seperti sedekah jariah melalui skim potongan gaji untuk menguruskan hal ehwal pentadbirannya. 

YaPEIM yang terkenal dengan orientasi perniagaan Ar-Rahnu (202 cawangan seluruh Malaysia) dan merupakan pelopor dan peneraju dunia dalam instrumen kewangan Islam ini mendapat pendapatan mencecah RM83 juta tahun ini dan mempunyai aset terkumpul bernilai RM1.034 billion. Dari segi operasi dan pengurusan kewangan, YaPEIM setiap tahun diaudit oleh JABATAN AUDIT NEGARA.
Sebab itulah tuduhan mengatakan YaPEIM bergantung kepada dana jariah melalui skim pemotongan gaji untuk membayar elaun2 pengurusan adalah keterlaluan dan perlu dibuktikan terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun, dakwaan2 salah-laku termasuk pembayaran elaun yang tinggi kepada pihak pimpinan tertinggi YaPEIM dan kewujudan nepotisme perlu diberikan perhatian serius oleh pihak pengurusan. 

Justeru saya amat mengalu-alukan siasatan menyeluruh SPRM yang telah dan sedangpun berjalan agar dapat menjernihkan kembali Reputasi YaPEIM selaku institusi berlabel Islam yang berorientasikan kebajikan dan penjanaan ekonomi,
Jika didapati ada unsur2 penyelewengan mahupun pecah amanah, tindakan serius perlu diambil. 
Sebaliknya jika ia melibatkan isu2 kelemahan polisi, prosedur dan urus tadbir, maka penambah-baikan harus dilakukan dengan segera. Anologinya ialah jika atap yang bocor, maka yang perlu dibaiki ialah atapnya bukan rumah yang harus diruntuhkan.
Justeru tidak perlulah melakukan pelbagai spekulasi dan andaian kerana takut2 kita terjebak dalam fitnah dan tohmah yang bukan sahaja memudaratkan diri sendiri dengan dosa jariah berterusan tetapi juga menghancurkan institusi agama yang terbukti berjaya memperkenalkan skim Ar-Rahnu kepada dunia sejak 1993.

SUMBER :FB ASYRAF WAJDI DASUKU 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.