..

..

ALASAN NURUL IZZAH JUMPA JACEL KIRAM TAK BOLEH DITERIMA - RAHMAN DAHLAN

on Friday, November 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Keputusan Nurul Izzah Anwar untuk bergambar dengan anak perempuan bekas Sultan Sulu, Jacel H.Kiram Hasan telah diselar oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Menerusi halaman Twitter beliau pada Khamis, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, menulis bahawa pertemuan dengan Jacel adalah satu kesalahan dan di bawah apa keadaan sekali pun, Nurul tidak patut bertemu dengan seseorang yang dianggap musuh di negara ini.

"YB Nurul Izzah boleh bertemu sesiapa sahaja yang dia suka di Filipina. Itu urusannya.

"Tetapi bagi YB Nurul Izzah untuk bertemu & bermesra dengan seseorang yang secara terbuka mengisytiharkan sokongan terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah adalah tidak boleh diterima.
"Terdapat rekod jelas bahawa Jacel Kiram mempertahankan pencerobohan bersenjata di Kg Tanduo, Sabah. Bertemu dengannya adalah satu kesalahan!" katanya di Twitter.

Gambar Nurul Izzah dan Jacel mem
egang poster yang tertera perkataan "release-Anwar immediately" menjadi viral di laman media sosial.

Ramai yang mempersoalkan mengapa beliau memilih untuk bertemu dengan Jacel, yang merupakan anak Jamalul Kiram III yang mengarahkan seramai 200 tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013.

Nurul Izzah mempertahankan pertemuannya bersama Jacel dengan menegaskan ia diatur oleh pihak berkuasa Filipina.

Katanya beliau berlepas ke Filipina pada 9 November lalu bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada delegasi parti untuk bertemu pihak berkepentingan politik di negara itu.

"Dalam mesyuarat itu saya menekankan sokongan kami terhadap inisiatif kerajaan Malaysia dalam mengadakan rundingan damai di selatan Filipina.

"Saya ingin menegaskan sokongan saya dalam mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan pada Khamis. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.