..

..

ALAHAI BANYAK INI SAHAJA KE KETUA CAWANGAN DESAK NAJIB LETAK JAWATAN ??

on Thursday, November 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Siapa  Rushdan Mohamed ??  Ni mungkin salah seorang penyokong tegar Tun Mahathir . Setakat 10 cawangan di bahagian Sepang desak tak menggambarkan kehendak  majoriti besar ahli parti .

Kalau tak puas hati dengan parti &  Presiden sepatutnya anda meninggalkan parti bukannya menghasut ketua -ketua cawangan desak Presiden letak jawatan . 




- Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed menggesa agar lebih ramai ketua cawangan Umno 'menyertainya' untuk meminta Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan serta-merta.

Rushdan berkata, sekiranya mereka (ketua-ketua cawangan Umno) tidak bertindak segera (meminta Najib melepaskan jawatan)  maka berkemungkinan Umno akan ditolak dalam pilihan raya akan datang. 

"Saya menyerulah kepada ahli-ahli Umno dan ketua-ketua cawangan Umno seluruh negara supaya kita lebih sayangkan parti berbandingkan kita sayang seorang pemimpin. 

"Sebab bagi saya kalau kita ada duit berbilion pun tetapi kalau kita ditolak oleh rakyat dalam PRU14 sudah pasti tidak ada guna lagi. Sebagai contoh di Kelantan berpuluh tahun kita tidak dapat kembalikan ke tangan kita, Selangor pula sudah dua penggal bukan makin elok tapi makin teruk.

"Jadi saya menyeru sangat-sangatlah kepada ahli-ahli  Umno dan ketua-ketua cawangan Umno seluruh negara supaya berdiri teguh meminta dan memohon Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib yang  yang juga  presiden parti kita untuk letak jawatan dengar serta merta," katanya dalam satu sidang media khas semalam.

Umno Cawangan Rista Villa Perdana adalah salah satu cawangan Umno dalam bahagian Sepang.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    pengkhianat follower tun mamak belum habis2 lg ke nk tumbangkan najib.. woi tak malu ke suruh PM letak jawatan serta merta..sapa kau lembu2 belaan mamak ke atau dapig pura2 pakai nama UMNO..
    kau buktikan mandat rakyat dulu suruh Najib turun baru ada kredibiliti sket nak buat press conference..

    setakat dua tiga ekor lembu takkan lah boleh kalahkan mandat berjuta2 rakyat pilih PM Najib?

    tun mamak dh tak de idea lain ke?

  2. Anonymous says:

    Mereka tuh tak puas hati dengan pemimpin pasal apa pulak nak kena tinngalkan parti?

  3. Anonymous says:

    yang lain simpan telur..kot2 terpilih jd calon

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.