..

..

AKTIVITI TARAH BUKIT SEMAKIN RAKUS DIBIARKAN KERAJAAN DAP P.PINANG @dzainalabidin

on Monday, November 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 PULAU PINANG 29 Nov. -  Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat seolah-olah tidak serius dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai negeri hijau apabila semakin banyak bukit ditarah untuk tujuan pembangunan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bayan Lepas, Nordin Ahmad berkata, isu penarahan bukit di negeri ini khususnya membabitkan bahagian pulau semakin ketara dan boleh dilihat berlaku di beberapa kawasan bukit. Malah, tegas beliau, kawasan bukit di Bayan Lepas di sini, boleh dikatakan antara kawasan yang teruk terjejas dengan isu penarahan bukit.

 “Bagaimana untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau kalau banyak kawasan bukit kini menjadi kawasan merah apabila pokok ditebang sehingga jelas kelihatan tanah merah di puncak bukit terlibat.

 “Bayan Lepas sendiri menjadi kawasan yang berdepan dengan masalah penarahan bukit agak ketara bermula dengan Bukit Relau atau Bukit Huma di Sungai Ara sehingga ke Bukit Pasir Belanda dan Bukit Kampung Matahari Naik di Teluk Kumbar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. 

Menurut Nordin, bukit-bukit itu jelas dapat dilihat sedang ditarah untuk projek pembangunan yang kebanyakannya membabitkan rumah mewah. 

Tambah beliau, kerajaan negeri perlu menilai semula konsep Pulau Pinang Hijau dan Bersih yang selama ini dilaung-laungkan sekiranya benar-benar mahu menjadikan negeri ini sebagai negeri hijau. 

“Adakah cukup sekadar menjadikan negeri ini bebas plastik dan polisterin seperti yang diucapkan Ketua Menteri dalam pembentangan Bajet Negeri 2016 untuk membawa Pulau Pinang menjadi negeri hijau?

 “Larangan penyediaan sup ikan yu seperti yang dimaklumkan juga bukanlah pendekatan utama dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau,” katanya. Sebaliknya, tambah beliau, bukit-bukit dan kawasan hijau semulajadi yang ada di negeri ini perlu dijaga dan dipertahankan jika kerajaan negeri serius mencapai hasrat menjadikan Pulau Pinang negeri hijau, bukan dengan pembangunan yang melampau. 

Selain itu, jelas Nordin, kerajaan negeri perlu sedar pembangunan di kawasan bukit telah menjejaskan kira-kira hampir 30,000 penduduk di kawasan Bayan Lepas dan Teluk Kumbar. Tahun ini sahaja, kata beliau, sekurang-kurangnya empat banjir teruk melanda kawasan berhampiran bukit-bukit yang ditarah. 

Lebih mengecewakan, ujarnya, beliau dimaklumkan hanya bantuan makanan sebanyak RM10 sehari disediakan kerajaan negeri kepada mangsa terlibat. 

“Tiada bantuan wang tunai atau wang ihsan diberikan kepada mangsa banjir akibat aktiviti penarahan bukit ini oleh kerajaan negeri, sedangkan setiap kali banjir lumpur penduduk mengalami kerugian antara RM1,000 hingga RM2,000,” ujarnya. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.