..

..

AKMAL NASIR HANYA MAHU AIBKAN MARUAH JAMIL KHIR - RAHMAN DAHLAN

on Monday, November 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan membuat sidang akhbar menyerang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum mendapatkan penjelasan merupakan usaha mengaibkan bukan mencari kebenaran.
Beliau berkata demikian melalui akaun Twitternya ketika mengulas pendedahan oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir.
“Rupanya-rupanya laporan polis Akmal Nasir dlm bentuk 7 soalan. Kalau masih persoalan kenapa sanggup aibkan maruah seorang menteri agama begitu?” tulis Rahman.
“Soalan-soalan yang dikemukakan oleh Akmal adalah dalam situasi masih lagi mencari jawapan dan  maklumat sahih mengenai dakwaan berbentuk fitnah yang dikeluarkan oleh Akmal dan NOW sendiri.:
Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Akmal seharusnya mendapatkan penjelasan dari pihak YaPEIM terlebih dahulu mengenai perbelanjaan Jamil Khir ke Amerika Syarikat (US) dan tidak seharusnya membuat tuduhan melulu.
Malah menurut Rahman, Akmal bukanlah mahu mencari dan mendedah kebenaran mengenai dakwaan penyelewengan penggunaan duit anak-anak yatim dan sumbangan orang ramai.
Sebaliknya, ia hanya mempunyai niat mahu mencari cara untuk mengaibkan Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Kenapa sanggup aibkan seorang menteri agama bila Akmal Nasir hanya sekadar nak bertanya? Kenapa tak Tanya YaPEIM dahulu sebelum membuat PC.”
“Nampaknya Akmal Nasir atau NOW tidak berminat untuk mencari kebenaran. Mereka lebih berminat nak cari cara aibkan orang,” tulis Rahman lagi.
Minggu lalu, Jamil Khir menuntut Akmal untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam kerana telah mengeluarkan dakwaan berbentuk fitnah terhadap diirinya telah menyalahguna duit anak yatim dan golongan miskin hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isterinya, main golf dan lawatan ke pusat beli-belah.
Menteri itu berkata kenyataan yang dibuat Akmal yang juga Ketua Cabang Keadilan Johor Baru terhadapnya adalah kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.
Kata Jamil Khir juga, dokumen yang didedahkan oleh Akmal yang didakwa sebagai bahan bukti adalah berbentuk mengelirukan dan tidak diambil secara menyeluruh mengenai semua program yang dihadiri oleh Jamil Khir.
Jelas Jamil Khir, ia menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawabnya selaku menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawabnya.
Beliau menjelaskan mengenai kunjungan pada 21 – 29 Mei 2014 sebagai memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaannya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di AS dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar daripada AS dan Kanada.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini di Turki berkata, Jamil Khir berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap Akmal dan NOW sekiranya menteri itu tidak bersalah dan mahu menegakkan keadilan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.