..

..

AHLI PARTI PERLU BERI DUKUNGAN KEPADA PEMIMPIN SELESAIKAN MASALAH PARTI @Zahid_Hamidi @HishamuddinH20 @NajibRazak

on Sunday, November 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta anggota parti di peringkat negeri, bahagian dan akar umbi supaya mendukung usaha-usaha yang dilakukan oleh kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah dihadapi parti.
Beliau berkata, kepimpinan parti dan kerajaan sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diperkatakan itu.
Tanpa menjelaskan masalah yang sedang cuba diselesaikan oleh kepimpinan parti, katanya, beliau yakin masalah itu dapat diselesaikan pada jangka masa yang telah ditentukan,
“Atas dasar ini, kami menjelaskan kepada kepimpinan negeri, bahagian serta akar umbi bahawa dukungan harus diberikan kepada kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah itu,” kata Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan ketua-ketua bahagian UMNO di Kedah dan berjumpa dengan pemimpin serta anggota empat peringkat UMNO negeri di Seri Mentaloon di sini, hari ini. –


4 Responses

  1. Anonymous says:

    baru sekarang nak ingat kami buat ape...buatlah ape lu suka..suka luuulah.Kami hanya dokong pemimpin yg sanggup korbankan diri utk rakyat dan negara bukan kumpul kekayaan.

  2. Adakah negara kita masih punya undang2...atau undang2 hanya untuk ikan bilis seperti aku...sementara para pemimpin dan gulonggan bangsawan bebas menguna pakai undang2 untuk kepentingan diri mereka.

  3. Anonymous says:

    Masaalah 1mdb dan 2.6B kot?... dulu masaalah peribadi, sekarang dah jadi masaalah parti..

  4. Hehehe.
    Sokongan rakyat atau Umno?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.