..

..

ADAKAH CERITA HOSPITAL UITM LAGI GURAUAN PENIPU RAFIZI ??

on Friday, November 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sudah kerap kali pendedahan Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli mengenai sesuatu isu membabitkan kerajaan jarang bersandarkan fakta yang tepat.
Terbaru, dalam isu pembinaan Hospital UiTM Puncak Alam di Selangor, beliau mendakwa kos pembinaan hospital meningkat mendadak daripada RM599 juta kepada RM8.2 bilion.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim ketika menjelaskan perkara ini di Dewan Rakyat memberitahu, kos keseluruhan pembinaan dan operasi Hospital UiTM Puncak Alam melalui sistem konsesi yang dicadangkan hanyalah RM800 juta, bukannya bernilai RM8.2 bilion seperti didedahkan Rafizi.’
UiTM pula dalam kenyataannya, turut tidak berpuahati dengan maklumat yang salah dan disensasikan oleh Rafizi berhubung pembinaan hospital melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) di Puncak Alam.
“UiTM tidak menandatangani konsesi dengan mana-mana pihak untuk membina hospital.
“Draf konsesi telah dihantar ke UiTM pada 14 Julai dan dibincangkan oleh Lembaga UiTM Pengarah pada 22 Oktober,” kata kenyataan pihak universiti berkenaan.
Hospital 400 katil itu dicadangkan untuk dibina di atas tapak 11.28 hektar (28.19 ekar),
Justeru itu, timbul persoalan, di mana Rafizi mengutip fakta yang tidak tepat mengenai pembinaan hospital tersebut.
Adakah ia cerita di kedai kopi atau hanya cakap-cakap yang kemudian disensasikan untuk kepentingan politik beliau?
Sebelum ini, Rafizi sudah disaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung ucapan beliau dalam forum mengenai subsidi minyak yang kemudian dimuat naik ke laman web YouTube.
Rafizi yang kerap melaung ‘Lawan Tetap Lawan’  akhirnya berkata, “Cuma bergurau sahaja, janganlah serius sangat”,
Itulah gaya Rafizi yang sebelum ini juga kerap ‘kantoi’ apabila pihak yang dituduhnya memberi jawapan balas terhadap kenyataan beliau.
Rakyat tentu boleh menerima pendedahan jika adas penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan di pihak kerajaan asalkan maklumatnya tepat dah sahih.
Namun, dalam isu Hospital UiTM Puncak Alam, Rafizi mungkin hanya serkap jarang atau hanya mendengar cerita daripada sumber tidak tepat lalu mendedahkannya di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Selain menyebut penambahan angka RM8.2 bilion yang tidak munasaban, Rafizi juga mengaitkan projek itu diberikan kepada kroni kerajaan.
Mungkin sudah set dimindanya, setiap projek kerajaan mesti untuk kroni.
Pembinaan hospital bukan bermakna, ianya hanya hospital kosong tanpa peralatan perubatan, katil dan sebagainya.
Peralatan inilah yang kosnya lebih tinggi apatah lagi jika ia sebuah hospital moden yang memerlukan peralatan perubatan yang canggih dan terkini.
Namun, tidak mungkin pembayaran balik projek di bawah PFI itu menelan belanja sehingga RM8.2 bilion.
Sepatutnya, Rafizi menapis terlebih dahulu semua maklumat yang beliau dengar atau terima dan bukan mendedahkannya semata-mata untuk meraih populariti atau mahu memberi gambaran bahawa kerajaan mengutamakan kroni dalam pemberian projek.
Dengan angka yang di luar fikiran itu, Rafizi tahu sedar logiknya pendedahannya itu supaya tidak ada orang yang melihat beliau sebagai seorang yang tidak cerdik.
Apatah lagi, latarbelakang beliau di Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik serta Akauntan.
Amat malang jika timbul tanggapan begitu apatah lagi kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR.
Jangan pula cerita Hospital UiTM ini nanti jadi sebahagian gurauan sama seperti tuduhannya terhadap Najib dan Rosmah. -BNBBC-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.