..

..

ZAHID TAK SETUJU AHLI UMNO SEPERTI SAIFUDDIN HADIR MAJLIS PEMBANGKANG

on Friday, October 2, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Sebagai ahli Umno, Datuk Saifuddin Abdullah sepatut mempertimbangkan untuk tidak menghadiri majlis pelancaran gabungan terbaharu pembangkang, Pakatan Harapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara peribadi beliau berpendapat tindakan itu tidak seharusnya berlaku.

"Sebarang tindakan terhadap Saifuddin terpulang kepada Lembaga Disiplin yang diketuai Tan Sri Megat Najmuddin yang berpendapat tidak salah untuk mana-mana ahli Umno menghadiri majlis yang dianjurkan parti politik lain.

"Tetapi bagi saya secara peribadi, ia tidak seharusnya berlaku.

"Ia pandangan peribadi saya, tetapi jika pengerusi Majlis Tertinggi Umno tidak bersetuju dengan Megat, jadi Saifuddin perlu menjawab kepada majlis," katanya.

Berdasarkan struktur Lembaga Disiplin Umno, ia dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail , manakala Tribunal Lembaga Disiplin diketuai Megat Najmuddin Megat Khas dan Panel Rayuannya pula dipengerusikan Tan Sri Sabaruddin Chik.

Kehadiran Saifuddin pada sidang meja bulat pembangkang yang berlangsung pada 22 September mencetuskan kritikan di kalangan pemimpin Umno.

Beliau bagaimanapun menafikan terbabit dalam gabungan pembangkang itu dan memaklumkan kehadirannya atas kapasiti sebagai pengerusi Akademi Belia. 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Apa kena mengena Akademi Belia dengan gabungan pembangkang ni? Adakah ia NGO pakatan? Atau hanya alasan untuk menghalalkan cara?

  2. Anonymous says:

    Dah bermacam-macam program pembangkang yang dia dah hadir dan menongkah arus terhadap kerajaan BN. TAK ADA ALASAN LAGI !!!!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.