..

..

ZAHID TAK BELANJA SATU SEN KENDURI ANAK DI INDONESIA, BIDAS FITNAH SHAHBUDIN HUSIN

on Thursday, October 1, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak membelanjakan satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya yang berlangsung di Jakarta pada bulan lepas.

Beliau berkata sebaliknya, kos majlis itu ditanggung oleh besan Indonesianya, yang diadakan semasa lawatan rasmi Dr Ahmad Zahidi ke negara itu.

“Lawatan saya pada tarikh 18 hingga 21 bulan lepas, adalah lawatan rasmi.  Dan anak saya berkahwin dengan seorang gadis Indonesia di Kuala Lumpur sebelum itu. Besan saya adalah seorang ahli perniagaan Indonesia.

“Selepas mendapat tahu bahawa lawatan rasmi saya dijadualkan dari 18 hingga 21, beliau (besan saya) telah mengaturkan supaya majlis perkahwinan untuk anaknya diadakan pada 19 September.

“Saya tidak membelanjakan sesen pun wang dalam menganjurkan majlis perkahwinan. Kerana itu adalah sebelah perempuan. Saya tidak membelanjakan sesen pun wang untuk menteri dan tetamu dari Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.

“Saya tidak membelanjakan satu sen pun wang untuk melayan sesiapa kerana majlis tersebut bukan saya yang punya. Ia kepunyaan besan saya,” katanya semasa satu sidang media selepas melancarkan Majlis Sambutan Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2015 oleh  Jabatan Pendaftaran Negara.

Dr Ahmad Zahidi berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan blogger Shahbudin Husin, yang mempersoalkan masa lawatannya ke Indonesia yang sama dengan majlis perkahwinan anaknya.

Beliau berkata Shahbudin Husin telah mengenalinya sejak tahun 1987 dan seharusnya berjumpa dengannya sekiranya hendakkan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“Jangan bermain dengan kata-kata dengan mempersoalkan dan meminta saya untuk menjelaskan.  Dia harus berjumpa dengan saya untuk penjelasan. Mengapa dia meminta saya menjelaskan kepada umum. Saya tidak menyalahgunakan dana awam.

“Saya berharap Tuhan akan menghukumnya apabila anak lelaki atau anak perempuannya berkahwin satu hari,” katanya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Si Budin tu melayu jenis pendengki...jenis sanggup makan sup daging babi demi menjatuhkan pemimpin Islam lain.

  2. Anonymous says:

    Eluk kalau Zahid ni saman je kaki fitnah ni. Biar dia tahu langit tinggi rendah.

  3. Apa lah Zahid..bagi tau mangkuk tu hang belanga 100 juta untok majlis kahwin tu...nnt tersipu2 lah mangkuk hayon binawe tu

  4. Anonymous says:

    Allah SWT berkuasa, jika fitnah terkena pada diri maka berdoalah. semoga fitnah berpaling dari kita. Aamiin

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.