..

..

ZAHID HAMIDI BEKAS TAHANAN ISA LEBIH TAHU KEZALIMAN AKTA ITU DENGAN SOSMA

on Tuesday, October 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Suatu ketika dahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati boleh mengancam pentadbiran negara sewaktu di zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Beliau ditahan kerana pada ketika itu beliau memihak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menzahirkan rasa kurang puas hati terhadap pemecatan Anwar daripada pentadbiran kerajaan.



Ketika mengulas penahanan beliau pada waktu itu, beliau menyifatkan beliau ditahan atas kerana menentang Perdana Menteri tanpa ada peluang untuk membela diri dan peluang untuk dibicarakan kerana akta berkenaan hanya mengkhususkan menahan pesalah tanpa perlu dibicarakan.

Kini, setelah akta berkenaan dibaik pulih oleh kerajaan hari ini melalui pengenalan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), suspek tidak terus ditahan tanpa sebarang peluang membela diri dan perbicaraan seperti yang beliau pernah alami satu ketika dahulu.

Sudah tentu sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri, beliau cukup-cukup arif tentang perlaksanaan Akta berkenaan terhadap suspek yang berkemungkinan mengancam kedaulatan dan pentadbiran negara. Ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Akta ini digunakan untuk melindungi kepentingan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.



Tidak seperti sewaktu penahan beliau satu ketika dahulu, dua individu yang mendapat pembelaan Tun M hari ini diberi peluang untuk membela diri mereka di mahkamah terhadap pertuduhan yang dijatuhkan terhadap mereka. Dua individu berkenaan adalah bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan bekas setiausaha politik Tun M, Mathias Chang.
Jadi untuk mengatakan SOSMA jauh lebih kejam berbanding ISA pada waktu pemerintahan Tun M satu ketika dahulu, adalah satu dakwaan yang amat dangkal. Akta ini telahpun didebatkan didalam Parlimen dan mendapat sokongan Ahli Parlimen samada pro kerajaan mahupun pro pembangkang, sebelum ianya dikuatkuasakan.

Andai Tun M mendakwa Akta berkenaan tidak adil dan mengarut serta hanya melindungi Datuk Seri Mohd Najib, ini bermakna, seluruh Ahli Parlimen hari ini meluluskan satu akta yang hanya bertujuan melindungi Perdana Menteri, bukannya melindungi pentadbiran hari ini.- PRU14- 


One Response

  1. saya tak berapa faham tentang Sosma, munkin ada yang mahir boleh terangkan dengan terperinci. Minta maaf ya saya kurang mengikuti perkembangan semasa

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.