Walaupun PKR mendabik dada apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi  Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyertai parti mereka ,  tetapi  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan  UMNO tidak sedikit pun terjejas dengan tindakan itu  .

Malah dengan nada sinis beliau menyatakan sumbangan besar beliau akan  membawa masalah kepada parti disertainya .

“Beliau (Saifuddin) mungkin lebih sesuai menyertai parti berkenaan untuk memberi sumbangan bagi parti tersebut.

“Sumbangan tersebut ialah dari segi memperbesarkan masalah bagi parti berkenaan kerana semasa beliau berada dalam UMNO, itulah sumbangan besar yang diberikan oleh beliau dan itulah sumbangannya kepada parti disertai beliau sekarang, “ ujarnya dalam nada sinis.

Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi & Ahli Parlimem Temerloh  sebelum ini menimbulkan pandangan yang kontroversi  dalam himpunan BERSIH4  dan terbaru  apabila menghadiri mesyuarat meja bulat yang diadakan pembangkang untuk membincangkan penubuhan Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat.