..

..

UMNO P.PINANG SEDIA KERJASAMA PAS JIKA PEMIMPIN TERTINGGI MUKTAMADKAN @dzainalabidin @NajibRazak

on Tuesday, October 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan Pas akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Umno Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian Umno yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan.

"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan Pas mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.

"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.