..

..

TUN M SEMAKIN TERDESAK , KINI HASUT AHLI UMNO SABAH JATUHKAN NAJIB

on Thursday, October 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru semua ahli UMNO di Sabah supaya mendesak wakil rakyat mereka menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, jika wakil rakyat itu enggan berbuat demikian, ahli UMNO perlu menolak mereka untuk dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya minta semua ahli-ahli UMNO di Sabah ini mendesak wakil rakyat mereka supaya menyokong undi tidak percaya.

“Kalau mereka tidak sokong, tentukan mereka tidak akan jadi calon, dan tentukan mereka kalau jadi calon, akan dikalahkan,” katanya sambil disambut sorakan hadirin yang menghadiri sesi soal jawab Bicara Negarawan Sabah di Dewan Yayasan Lau Gek Poh, Tawau pada Isnin.

Dalam sesi dialog itu, bekas Perdana Menteri turut mengulangi dakwaan bahawa Najib menyalahgunakan undang-undang untuk melindungi dirinya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin mengenai ‘kuasa di atas kuasa undang-undang’.

“Sesiapa yang cuba menghalang dirinya akan dikenakan tindakan; disoal, disimpan, dimasukkan ke dalam tahanan dan sebagainya,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.


8 Responses

  1. Anonymous says:

    Sapa yang lebih mengenali tentang penyalahan guna kuasa kalau bukan si mamak kerala PM 22 tahun nih? Dia la yang paling pandai menyalahgunakan kuasa....

  2. Anonymous says:

    Payah sungguh la kalau dah gya nak mampuih pun doj perasan muda lg
    Haramjadah apa la kena dgn tun sial ni

  3. Anonymous says:

    Hahaahahaah, paku dulang ......dah lupa sambumgan nya. Ya lah..melayu kan mudah lupa. Hahahahahahah

  4. Anonymous says:

    2.6billion?????????????

  5. Power seh hasutan orang tua ni sehinggakan MRR pun dah keluarkan statement.Mari lah tangkap dia kerana menyebabkan ada orang dah panas punggung ni...

  6. Anonymous says:

    Kesiannya Tun M...udah udah la tu...NAJIB pun PM bengap juga...cuba ungkit pula apa apa yg telah TM buat dulu..Ini tidak..masih dok dlm kain ROSMAH lagi...keluar keluar NAJIB ooiiii

  7. Anonymous says:

    Tun x membela rakyat tapi bela kroni, YTL, Vincent Tan. Berpuluh2 tahun mereka balun wang rakyat berjumlah berbilion2 masih x cukup lagi? Sudahlah tu jangan tamak. Dengarlah pepatah kata' orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang2.' Saya setuju dengan Najib. Dia tubuhkan 1MDB untuk rakyat, hak rakyat dan untung bagi rakyat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.