..

..

TUDUHAN TUN M KINI SEMAKIN MENGARUT & TIADA HALUAN

on Thursday, October 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pada 5 Oktober yang lalu, bertempat di Hotel Promenade Tawau, Sabah, Tun Dr Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan pendokong setia Tun M disana. Kehadiran beliau disambut kira-kira 1,000 orang dengan kebanyakannya adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti STAR.

Tiada apa yang mengejutkan selain daripada beliau mengulangi beberapa perkara yang telahpun dijawab berulang-ulang kali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Langkah Tun M yang bertindak mengadakan jelajah siri ceramah beliau juga dilihat sengaja mengitar semula semua tuduhan-tuduhan liar yang pernah beliau lemparkan terhadap Datuk Seri Mohd Najib.


images (11)

Satu persoalan yang timbul menerusi ucapan penuh beliau. Adakah beliau fikir pucuk kepimpinan hari ini mesti mendapat restu beliau sebelum boleh menduduki kerusi Perdana Menteri? Beliau dilaporkan berkata beliau berhempas pulas menaikkan Datuk Seri Mohd Najib kejawatan hari ini atas rasa hutang budi beliau kepada Almarhum Tun Abdul Razak, ayah kepada Datuk Seri Mohd Najib.


Mungkin beliau terlupa bahawa Datuk Seri Mohd Najib menaiki satu demi satu tangga didalam karier politik beliau. Malah perlantikan Tun M selaku Perdana Menteri bukanlah atas ketetapan Almarhum Tun Abdul Razak, sebaliknya pilihan yang dilakukan oleh Almarhum Tun Hussien Onn. 

Benar Almarhum Tun Abdul Razak pernah menyelamatkan karier politik beliau sewaktu beliau dipecat dari UMNO, namun perlantikan Tun M bukan di tetapkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak.
Beliau juga mendakwa Datuk Seri Mohd Najib mengutamakan wang berbanding kebajikan rakyat. 

Dakwaan ini konnya bersandarkan kepada kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, “cash is king”. Beliau mendakwa Perdana Menteri menganjurkan rapat umum (Himpunan Rakyat Bersatu) ditaja oleh Datuk Seri Mohd Najib samada dari segi penginapan, makan dan minum malah pengangkutan.

Bagaimana beliau boleh mendakwa sedemikian sedangkan kehadiran peserta pada himpunan berkenaan mencecah lebih 100,000 orang? Adakah semua mereka ini ditaja sepenuhnya? Tun M tidak hadir dalam perhimpunan ini jesteru beliau tidak melihat apa yang berlaku sebenarnya. Kehadiran peserta pada hari berkenaan langsung tidak berbayar dan hadir atas rasa sukarela demi memartabatkan Melayu di Malaysia.


images (12)

Adakah beliau enggan bertanya kepada penganjur BERSIH 4 yang beliau hadiri, berapa bayaran yang mereka terima untuk tidur diatas jalan raya dengan tidak membersihkan diri setelah 36 jam berhimpun? Seperti yang ditegaskan oleh Datuk Jamal Md Yunos, kehadiran peserta Himpunan Melayu Bersatu ini langsung tidak mendapat sebarang tajaan. Malah semua mereka hadir secara sukarela.

Dalam ucapan berkenaan juga, Tun M ada menuduh Datuk Seri Mohd Najib terpaksa “mencuri” hasil negara semata-mata mahu mendapatkan sokongan. Dakwaan ini jelas karut kerana ramai ahli UMNO hari ini melihat ketaatan kepada pemimpin itu perlu sesuai dengan undang-undang parti dan seperti apa yang tertulis didalam Al Quran.

Turut disentuh tentang wang derma yang diterima oleh Datuk Seri Mohd Najib dari sebuah keluarga di Raja Arab Saudi. Benar, Datuk Seri Mohd Najib pernah menafikan wang berkenaan ada diterima beliau. Tetapi penafian ini adalah kepada tuduhan beliau menerima RM 2.6 bilion dari 1MDB. Malah sewaktu beliau memberitahu akan hal yang sebenarnya, Tun M dan barisan pemimpin pembangkang tetap mengatakan beliau “mencuri” wang berkenaan dan bukannya wang derma seperti beliau dakwa.

Beliau turut mengungkit pada permohonan yang dibuat oleh beliau terhadap isu penulisan sebuah kitab oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Sebenarnya, wang berkenaan telah disalurkan ke akaun Universiti berkenaan secara 3 peringkat. Malah dalam satu kes, seorang ahli keluarga Arab Saudi pernah menyumbang RM 50 juta kepada kerajaan untuk membina sebuah masjid di Kuala Lumpur sewaktu beliau masih menjadi Perdana Menteri.

images (13)

kira-kira 3 tahun kemudian, anak kepada hartawan berkenaan hadir semula ke Kuala Lumpur untuk melihat masjid berkenaan. Namun langsung tiada binaan masjid seperti yang beliau harapkan dilokasi berkenaan. Kesimpulannya, jika sekali derma kita disalah guna untuk kearah lain selain daripada tujuan asal, adakah kita ingin menderma lagi kepada individu yang sama? Tun M tidak pernah menjawab walau sekalipun isu berkenaan dimana-mana ceramah beliau.

Mengenai isu RM 42 bilion yang kononnya dipinjam oleh Perdana Menteri, isu ini sentiasa diputar belit oleh Tun M. Jika diawal serangannya dahulu beliau mengatakan 1MDB dan Datuk Seri Mohd Najib melesapkan wang berkenaan, enam bulan kemudian beliau mendakwa wang berkenaan dipinjam oleh 1MDB, kemudian dalm masa 3 minggu beliau menurunkan dakwaan beliau kepada RM 27 bilion dan kini kembali RM 42 bilion.

Persoalannya, yang mana satuu benar dakwaan beliau? Isu RM 42 bilion ini sebenarnya telah dihuraikan secara terperiinci oleh 1MDB menerusi beberap artikel berkaitan. Malah pengarah urusan 1MDB sendiri pernah menjawab secara terus di salah satu program bual bicara mengenai pecahan perbelanjaan wang RM 42 bilion yang kononnya hilang seperti didakwa Tun M.

Wang berkenaan tidak pernah hilang. Benar wang berkenaan adalah pinjaman dimana kerajaan hanya menjadi penjamin bagi RM 5.85 bilion sahaja. Jadi dimana asasnya wang berkenaan dibawa lari dan dihilangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib?

 Mengenai hal tanah di Tun Razak Exchange (TRX), penjualan yang dilakukan oleh 1MDB kepada Lembaga Tabung Haji bukan dilihat sebagai salah guna kuasa.

Sejak bila Datuk Seri Mohd Najib mempunyai pegangan saham terbesar didalam Tabung Haji sehingga boleh mempengaruhi 1MDB menjual tanah berkenaan dibawah harga pasaran? Ini salah satu tipu daya yang dijaja oleh Tun M walau dimana beliau pergi.

download (14)

Datuk Seri Mohd Najib tidak pernah walau sekalipun tunduk kepada Singapura berhubung pembinaan Jambatan Bengkok. Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri adalah untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan berkenaan kerana ianya jelas merugikan negara. Apa guna membina jambatan berkenaan sedangkan ramai rakyat negeri Johor lebih memerlukan rumah mampu milik berbanding sebuah jambatan?

Adakah Tun M fikir Singapura masih kekal milik Malaysia sehingga mengabaikan pertikaian persempadanan antarabangsa? Mengenai undang-undang baru, SOSMA, beliau melihat ini sebagai undang-undang yang kejam demi melindungi kuasa Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri. Ini ditambah lagi dengan dakwaan beliau kononnya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dipecat, Tan Sri Zeti selaku Gabenor Bank Negara ditakut-takutkan dengan akta SOSMA dan beberapa tuduhan lain.

Walaupun lebih tiga kali Tan Sri Abdul Ghani Patail memberitahu keadaan dirinya yang tidak cukup cergas untuk terus berkhidmat, namun Tun M tetap dengan tuduhan liarnya. Lagipun kuasa melantik dan menurunkan kuasa Peguam Negara bukan terletak ditangan Perdana Menteri, sebaliknya ianya terletak didalam kuasa Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agung.
Isu ini tidak sama sewaktu Tun M sendiri mendesak Yang DiPertuan Agung pada waktu itu, Almarhum Sultan Iskandar untuk memecat Tun Salleh Abas dari jawatan Peguam Negara pada krisis pengharaman UMNO satu ketika dahulu. Jika beliau menyamakan persaraan Tan Sri Abdul Ghani dengan pemecatan Tun Salleh, jelaslah Tun M kini semakin kehilangan arah dalam menyampaikan sesuatu.
images (14)


SOSMA diadakan berikutan hasil desakan pembangkang sendiri bagi menggantikan Akta Dalam Negeri (ISA) yang selam ini menjadi senjata utama Tun M dalam melenyapkan musuh politik beliau. Setakat hari ini semua tahanan dibawah akta SOSMA terdiri daripada suspek militan yang mengancam keselamatan Negara. Sepanjang Tun M menjadi Perdana Menteri, ramai dikalangan ahli politik sewenang-wenangnya ditangkap menerusi akta ISA. Kini, siapa yang banyak menyalah gunakan kuasa?

Kejatuhan nilai Ringgit dipasaran dunia bukanlah disebabkan oleh masalah 1MDB, GST mahupun pentadbiran Datuk Seri Najib. Adakah kejatuhan nilai Euro, Rubel di Rusia, Yuan di China, Rupiah di Indonesia dan lebih 150 matawang lain didunia disebabkan oleh 1MDB, GST dan Datuk Seri Mohd Najib jugakah? Jika itulah dakwaan beliau, ini bermakna hebatlah Perdana Menteri Malaysia dalam mengawal matawang dunia.

Kejatuhan ini bukan disebabkan oleh appa yang didakwa oleh Tun M. banyak faktor yang perlu dilihat sebelum mengeluarkan apa-apa dakwaan mengenai kejatuhan ini. Beliau turut mendakwa seolah-olah pemecatan Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri sebagai tidak sah dan perlantikan Datuk Seri Ahmad Zahid tidak lebih sebagai pengampu bagi Perdana Menteri.

Tidak difahami, seorang yang telah keluar daripada barisan pentadbiran begitu sibuk mencampuri urusan Perdana Menteri sedangkan di zaman beliau memerintah, tiga orang timbalan beliau dipecat tanpa sebab pasti. Siapa yang lebih kejam dalam soal ini? Adakah dengan mengulangi dakwaan kononnya perkahwinan anak Perdana Menteri sebagi salah satu dakwaan salah guna wang negara?


download (15)

Salahkah bagi seorang ayah mahu meraikan perkahwinan anaknya mengikut kemampuan beliau sendiri? Rata-rata majlis berkenaan ditaja oleh banyak penaja yang ingin memeriahkan majlis. Apakah majlis hari jadi Tun M di Genting Highland baru-baru ini hasil daripada wang beliau sendiri tanpa tajaan dari Genting World Resort dan Tan Sri Vincent Tan? Boleh beliau menafikan perkara ini?

Sekali lagi beliau memainkan isu pembunuhan Altantuya dan kali ini beliau memutar sepenuhnya kenyataan yang pernah beliau saksikan sendiri menerusi rakaman video. Perdana Menteri ada menyebut nama Altantuya dalam lafaz sumpahnya di sebuah masjid di Pulau Pinang. Beliau bersumpah lansung tidak mengenali wanita berkenaan dalam lafaz sumpahnya. Ini juga turut dipertikaikan oleh Tun M.

Tidak perlu untuk mengulas panjang tentang hal ini kerana ianya telah dijawab berulang-ulang kali oleh mana-mana pihak yang terlibat dalm kes ini. Cuma tuduhan Tun M ini jelas seolah-olah seperti orang yang kehilangan pedoman stelah beberapa usaha beliau menjatuhkan Perdana Menteri tidak berjaya.
images (10)

Sepanjang Datuk Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri, keselamatan Sabah terutamanya Tawau sentiasa menjadi keutamaan beliau. Bikti jelas penubuhan ESSCOM bagi menjaga perairan Sabah terutamanya disebelah timur daripada dicerobohi. Disamping itu penempatan beberapa buah kapal perang canggih disepanjang pasisir pantai timur Sabah juga menjadi bukti bahawa Datuk Seri Mohd Najib tidak pernah mengabaikan keselamatan penduduk Sabah.

Apa lagi yang Tun M mahu? kebebasan bersuara? Jika itu yang beliau mahu, kenapa penganjur majlis ini bertindak mengusir seorang peserta cuba mengkritik cara Tun M berceramah di Tawau dan Tun M hanya tersenyum sinis tanpa menghalang tindakan penganjur berkenaan? Inikah contoh kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh insan yang bernama Mahathir Bin Mohamed?

sumber


One Response

  1. Saya rasa yang anda ceritakan semuanya betul belaka, tidak ada yang salahnya. Tahniah saudara..kalau ingin lebih meyakinkan lagi rakyat Malaysia, minta saudara jelaskan.kenapa wang derma 2.6B untuk parti dimasukan kedalam akaun PM? dan tidak di masuk ke akaun parti? dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gebenor BN tentang 1MDB dan kenapa pula PAC di naikan pangkat menjadi menteri Kebinet sedangkan siasatan 1MDB belum pun selesai? dan titah diraja mengenai 1MDB baru-baru ini. Minta tuan jelaskan, saya rasa tuan memang arif dengan isu ini.Semoga penerangan tuan akan memulihkan imej PM yang sedikit tercalar

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.