..

..

TS KHALID IBRAHIM TAK TERKEJUT PEPECAHAN DALAM PKR

on Thursday, October 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika ada perpecahan dalam PKR dan beberapa ahlinya membentuk sebuah parti baharu.

Bekas Menteri Besar Selangor ini percaya situasi ini akan berlaku kerana parti itu tidak diuruskan dengan baik.

"Terdapat terlalu banyak aduan oleh ahli parti yang belum diuruskan dengan cara yang adil, telus dan menyeluruh," katanya di laman Facebook, Rabu.
Beliau berkata tindakan beberapa pihak dalam Pakatan baru-baru ini gagal menyediakan ruang yang kondusif dan inklusif.


"Saya lebih suka melihat perkara-perkara ini dari luar dan saya tidak terlibat secara langsung dalam usaha mereka untuk mewujudkan kuasa ketiga ini," katanya.

Khalid berkata beliau akan memberi fokus terhadap tenaga dan memberi pandangan bagi memulihkan ekonomi negara yang sedang menghadapi tekanan dalaman dan luaran.

Katanya, beliau masih menunggu keputusan aduan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai penyingkirannya daripada PKR sebagai tidak sah.

Khalid mendakwa penyingkirannya tidak dilakukan mengikut perlembagaan parti.

Cakap-cakap mengenai perpecahan dalam PKR bertiup kencang selepas penyokong Timbalan Presiden Azmin Ali kononnya membentuk pakatan lain dengan mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman spontan Presiden Dr Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan.

Petisyen telah dihantar oleh 25 ahli parti menuntut mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi untuk membincangkan menegnai pengumuman Dr Wan Azizah.

Petisyen itu ditandatangani oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei, Adun Kampung Medan Haniza Talha, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Adun Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.