..

..

TERKINI ! MP DAP RAUB TELAH DISAMAN RM10JUTA KERANA MEMFITNAH DI BLOG

on Wednesday, October 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pemimpin DAP  memang mulut macam sampah dan mereka memfitnah pemimpin Melayu  tak kira waktu  asalkan  membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan . 
Terbaru pemimpin Melayu yang menjadi kuda tungangan  mereka iaitu MP Raub yang terkenal blogger Sakmongkol 47 telah memfitnah dan membuat tuduhan tanpa sebarang fakta menuduh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai tin kosong dan bising mulut telah menjadi Pengarah Syarikat George Kent Bhd yang membina projek LRT 3 . 
GPB menyokong tindakan Datuk Ibrahim Ali menyaman MP DAP ini kerana sudah melampau membuat tuduhan fitnah jahat terhadapnya . 


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menghantar surat menuntut ganti rugi RM10 juta kepada Ahli Parlimen DAP Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz kerana didakwa memfitnah beliau bulan lalu.
Ibrahim bekas Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa, Ariff memfitnah beliau menerusi posting di blognya Sakmongkol 47, bertajuk “Keadaan Negara Kita Hari Ini – Siri 2”, di mana beliau mendakwa Ibrahim merupakan salah seorang pengarah syarikat George Kent (M) Bhd yang membina projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3).
“Pernyataan fitnah ini satu dakwaan palsu dan tidak berasas dan merupakan satu fitnah bertulis yang amat serius kepada reputasi anak guam kami sebagai orang biasa, presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa dan bekas ahli Parlimen,” menurut surat tuntutan itu.
Dalam sidang media hari ini, Ibrahim menunjukkan surat yang dikeluarkan firma guaman Abu Talib Shahrom.
Katanya, beliau tidak pernah mengetahui syarikat George Kent dan tidak pernah dilantik sebagai pengarahnya.
“Saya pada mulanya tidak menganggapnya serius tetapi selepas isu itu tersebar di media sosial, saya rasa wujud keperluan untuk mengambil tindakan, kerana ia menjejaskan reputasi saya dan merujuk saya sebagai seorang ejen Cina,” kata Ibrahim.
Selain RM10 juta, Ibrahim juga menuntut ahli parlimen itu  menarik keluar artikel itu daripada blog beliau.
“Beliau ada 7 hari untuk menjawab surat tuntutan ini, jika tidak saya akan teruskan dengan tindakan yang perlu diambil,” katanya. sumber 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.