..

..

RAKYAT DIGESA TOLAK PARTI BERTUHANKAN FITNAH & BOHONG

on Tuesday, October 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pembangkang hari ini dilihat semakin agresif menggunakan taktik pembohongan dan fitnah untuk terus menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan di kalangan rakyat,  khususnya terhadap kepimpinan negara, demikian jelas Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Tindakan pembangkang menabur fitnah dan cerita bohong ini menurut beliau jelas memperlihatkan betapa terdesaknya pembangkang untuk mencemarkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak  demi untuk menimbulkan sangkaan negatif  rakyat terhadap kerajaan.
“Baru-baru ini heboh pembangkang mengatakan bahawa FBI dan agensi penguatkuasaan luar negara sedang mencari Datuk Seri Najib untuk disoal siasat berhubung kes 1MDB.  Apabila PM menghadiri persidangan PBB di New York, beliau bukan sahaja tidak ditangkap, malah dilaporkan diberikan anugerah ICT, dan berucap pula pada majlis jamuan malam gala selepas menerima anugerah tersebut yang diadakan di ibu pejabat PBB.
“Bila dakwaan mereka itu ternyata fitnah dan tohmahan semata-mata,  mereka alihkan tumpuan rakyat dengan menyebarkan gambar yang kononnya memperlihatkan PM sedang berucap di dewan kosong kerana ramai pemimpin negara keluar ketika beliau berucap, sedangkan gambar tersebut diambil sebelum ucapan Datuk Seri Najib.
“Pembangkang ini tidak serik-serik mahu memfitnah pemimpin dan menipu rakyat biarpun sudah banyak pembohongan mereka terbongkar dan diketahui oleh rakyat. Mereka akan gunakan apa saja pendekatan termasuk perbuatan keji seperti memfitnah demi untuk memenuhi nafsu politik mereka ingin menguasai tampuk pemerintahan negara,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di negara ini agar tidak lagi mempercayai kata-kata pembangkang dan mesti menyiasat serta menyelidik terlebih dulu sebarang maklumat yang disebarkan oleh mereka.
“Sudah banyak kali pembangkang berbohong. Bukan pada kelompok kecil, tetapi mereka ini berbohong kepada seluruh rakyat di negara ini. Banyak siri-siri pembohongan mereka seperti tukar kerajaan pada 16 September, isu warga asing dari Bangladesh ketika  PRU ke 13, isu blackout ketika pilihanraya dan banyak lagi, di mana pembohongan mereka ini akhirnya terbongkar dan diketahui umum.
“Bahkan  yang paling ketara ialah fitnah mereka terhadap Tan Sri Khalid untuk menjatuhkan beliau dari kerusi MB akhirnya terbongkar, apabila PKR terpaksa meminta maaf dan mengakui bahawa segala isu yang ditimbulkan terhadap Tan Sri Khalid hanyalah fitnah semata-mata apabila Tan Sri Khalid menyaman PKR kerana memfitnah beliau.
“Secara tak langsung, PRK Kajang atau lebih dikenali sebagai Kajang Move itu merupakan satu pembohongan besar kepada rakyat demi kepentingan politik peribadi mereka yang turut menyusahkan dan membazirkan wang rakyat,”
Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini agar menilai dengan pemikiran rasional dan bijak terhadap sikap pembangkang di negara ini yang mengamalkan pendekatan fitnah dan pembohongan sebagai amalan politik mereka.
“Jika hanya dengan menguasai negeri pun mereka mampu berkonspirasi dan tergamak melempar fitnah terhadap rakan mereka sendiri dan  sanggup pula berbohong, membazir serta mempergunakan rakyat demi untuk mencapai kepentingan politik peribadi mereka, bayangkan apa pula yang mereka akan bohongi rakyat sekiranya mereka kuasai negara?,” ujarnya – MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.