..

..

PKR MENAGIH PAS MASUK PAKATAN HARAPAN KERANA PENTING UNDI MELAYU

on Friday, October 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Kenyataan Timbalan Presiden PKR  Azmin Ali yang masih lagi tidak berputus asa mahu penyertaan parti PAS dalam Pakatan Harapan membuktikan mereka masih lagi menagih parti itu untuk berdepan BN di PRU14 .


"Kita akan teruskan perbincangan dan masih berjalan dengan baik", katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.


PAS pulak menyalahkan DAP dan AMANAH kerana terus menyerang kepimpinan parti selain mengkritik Majlis Syura Ulama .

Senario ini memperlihatkan PKR   menjadi orang tengah bagi menarik semula PAS bersama dalam Pakatan Harapan tetapi luka parti itu terhadap pengkhianatan DAP dan bekas pemimpin mereka sertai Amanah belum lag sembuh .

 Tiada tempoh dikenakan untuk PAS berfikir/berbincang tentang pelawaan PKR sertai Pakatan Harapan .

Ternyata PAS masih lagi diperlukan untuk dijadikan kuda tungangan mereka kerana mereka boleh menarik undi Melayu untuk menyokong kemenangan DAP - PKR - Amanah  selain mahu mengelakkan pertembungan 3 penjuru.

Ini keranan  PKR memang  amat  takut kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan  diakui sendiri  Naib Presiden PKR, Tian Chua yang membayangkan PKR akan tewas teruk tanpa sokongan Pas di kawasan peti undi PKR yang majoritinya adalah orang Melayu

Jadi , hanya dengan menjadikan PAS sebagai pak turut mereka dalam Pakatan Harapan walaupun kini hanya tinggal berapa belas kerusi Parlimen sahaja selepas Ahli Parlimen mereka sertai Amanah dan PKR>






2 Responses

  1. Anonymous says:

    PKR buat pakatan dengaan PAS

    Tinggalkan DAP dan Amanah

    Lepas tu buat pakatan denagan UMNO......memang cantik..
    (Inilah semua org Islam dan melayu di Malaysia mengharapkan - Perpaduan Islam yg jitu dan kuat)

    Apa nak takut?...nanti biar tinggal DAP sorang
    Macam biasalah, Amamah tu pun tak lama...akan bubar jugak nanti

  2. Anonymous says:

    Putuskan saje hubungan selagi pkr masih berkerjasama dengan dap.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.