..

..

PENSYARAH DR MASZLEE PERSOAL KREDIBILITI WAN AZIZAH TAK LAYAK JADI KETUA PEMBANGKANG

on Wednesday, October 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



AIDCNews – 26/10/15 – Kenyataan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik yang mempersoalkan kredibiliti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang mula menjadi viral di internet sejak semalam.
“Adakah Datuk Seri Wan Azizah akan dipinggirkan dari Pakatan Harapan atau ditukar kepada yang lebih bagus, lebih lantang, lebih progresif, lebih inklusif.
“Siapa yang lebih layak mengetuai Ketua Pembangkang?,” soal facebooker pro PAS, Mohd Zubit Lebai.
Mengulas isu sama, seorang lagi facebooker pro PAS, Hazwan Faisal mengangap kenyataan Dr Maszlee (di atas) sebagai bibit-bibit awal perpecahan Pakatan Harapan.
“Retak menunggu rebah. Berpunca dari penubuhan tanpa asas kukuh,” katanya.
Hanisya Abdul Hamid juga turut berkongsi pendapat yang sama.
“Dulu semasa Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang beritahu yang Kak Wan tidak layak jadi MB Selangor bukan main lagi kalian berang naik angin seluruh badan.
“Yang ini mengapa kalian terus membisu terkedu tergigit lidah tidak berani nak keluar suara … mana perginya suara bantahan AMK???? … mana laungan budak-budak Jingga 13????? … Wanita PKR mana menyorok????? … Otai Reformis mana?????,” soalnya.
Pada 19 Oktober lalu, Maszlee yang juga Ahli Majlis Syura IKRAM yang sering dilihat pro Parti Amanah Negara tanpa berselindung mengkritik Wan Azizah.
“Semuanya bermula dengan ketidakupayaan beliau (Wan Azizah) menguruskan parti. Dia tidak layak menjadi pemimpin pembangkang,” kata Maszlee dilapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berlaku kelam kabut berkaitann usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen.
Pada mulanya, Ahli Parlimen PKR, Hee Loy Sian kemukakan usul tersebut tetapi tindakan itu dipertikai oleh DAP.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak Hee menarik balik usul tersebut dan meminta Wan Azizah sendiri selaku Ketua Pembangkang mengemukakan sendiri di Parlimen.
“Sebagai Ketua Pembangkang, sebelum meminta Hee membawa usul itu, beliau perlu memanggil semua pemimpin parti terlebih dahulu,” kata Maszlee.
Katanya, adalah sesuatu yang lumrah, bagi pemimpin pembangkang membentangkan sesuatu usul yang dianggap besar dan penting.
“Ini bukan baru, beliau mengetahuinya. Beliau juga banyak membentangkan (usul) mengenai isu-isu besar pada masa lalu apabila menjadi Ketua Pembangkang,” katanya lagi.


One Response

  1. Anonymous says:

    nenek ikan sepat kering ni pun tahu yg dia memang tak ada kredibiliti jadi ketua pembangkang.......dia bertindak atas arahan tok juburi yg sentiasa memberi arahan dari sg buloh....
    nak tak nak kena ikut la cakap suami.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.