Merujuk kepada dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad beliau turut menjelaskan bahawa SOSMA merupakan undang-undang prosedur yang bertujuan menyediakan langkah-langkah khas bagi memudahkan proses penyiasatan serta pendakwaan terhadap kesalahan berkaitan keselamatan.

Kata beliau, pihak Jabatan Peguam Negara perlu membuat penjelasan berhubung peruntukan un­dang-undang yang diguna pakai dalam kes Khairuddin dan Matthias bagi mengelakkan timbul lagi sebarang kenyataan yang mengelirukan.

Bagaimanapun ujarnya, pihak Jabatan Peguam Negara tidak akan mendedahkan apa-apa fakta berkaitan dengan kes mereka memandangkan ia berada di peringkat mahkamah.
“Mereka didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang cuba melakukan sabotaj atau bertindak dengannya hendaklah dihukum dengan penjara maksimum sehingga 15 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas di bangunan Jabatan Peguam Negara di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir dengan merujuk kes Khairuddin dan Matthias telah mendakwa SOSMA telah dikenakan terhadap pengkritik-pengkritik kerajaan sedangkan akta itu seharusnya digunakan untuk menangani aktiviti keganasan.

Pada hari yang sama, Khairuddin dan Matthias telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Mohamed Apandi berkata, dalam seksyen 130A Kanun Keseksaan juga ada mentakrifkan istilah sabotaj yang bermaksud sesuatu perbuatan atau peninggalan dengan niat hendak menyebabkan bahaya, antaranya berkaitan penyelenggaraan ‘perkhidmatan penting'.

“Istilah ‘perkhidmatan penting' juga termasuk perbankan dan perkhidmatan kewangan,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan Mohamed Apandi turut mengulas lebih lanjut berhubung SOSMA dan beliau menekankan bahawa kesalahan keselamatan dalam peruntukan akta itu tidak terhad kepada aktiviti keganasan dan pengganas sahaja.

“Apabila SOSMA telah digubal, senarai `kesalahan keselamatan' adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan (kesalahan-kesalahan terhadap Negeri) dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan yang berkaitan dengan keganasan).

“Pada tahun 2014, senarai itu diperluaskan kepada Bab VIB Kanun Keseksaan (jenayah terancang) dan juga kesalahan di bawah Bahagian IIIA Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya lagi.

Beliau berkata, senarai kesalahan tersebut diperluaskan lagi pada bulan Jun lalu dengan memasukkannya ke dalam peruntukan Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.

Dalam sidang akhbar itu Mohamed Apandi turut memaklumkan Seksyen 124L Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan.

“Seksyen ini merupakan salah satu daripada tujuh kesalahan baharu yang diperkenalkan dalam Bab VI Kanun Keseksaan pada tahun 2012 melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012. Oleh itu, Seksyen 124L merupakan satu ‘kesalahan keselamatan' yang SOSMA terpakai.

“Selain Seksyen 124L, antara tujuh kesalahan baharu itu dalam bab sama adalah menjejaskan demokrasi berparlimen (seksyen 124B); percubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen (seksyen 124C); penyebaran maklumat (seksyen 124H) dan sabotaj (seksyen 124k),” ujarnya lagi.




** Syabas AG yang memberi penjelasan tepat undang-undang tentang pendakwaan terhadap budak suruhan Tun Mahathir ini.  Akhirnya putar belit Tun Mahathir yang mengecam bulat -bulat bersama 5 orang lagi konconya terbongkar !!   

Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah diguna pakai dalam kes Khairuddin dan Matthias  untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang mengelirukan, mengenai peruntukan yang berkaitan undang-undang.