..

..

PEGUAM NEGARA SAHKAN PEGAWAI 1MDB TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN

on Friday, October 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KENYATAAN MEDIA BERKENAAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MELAYU

Merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 7 Oktober 2015 dan kenyataan serta kritikan negatif terhadap Jabatan Peguam Negara (JPN) diatas kelewatan dalam menyelesaikan siasatan berhubung isu 1MDB dan keputusan siasatan tersebut, Jabatan Peguam Negara ingin menjelaskan seperti yang berikut:-

1.  Pasukan Petugas yang bertugas menyiasat isu 1MDB tidak pernah dibubarkan dan Jabatan Peguam Negara juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan. Malah, siasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi bertanggungjawab tidak pernah dihentikan atau dihalang. Jabatan Peguam Negara sentiasa mengawal dan memberi arahan kepada agensi-agensi bertanggungjawab apabila proses siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, termasuk arahan bagi mempercepatkan kerja siasatan.

2.  Sehingga kini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum melengkapkan siasatan berikutan kenyataan beberapa saksi utama masih belum direkodkan.

3.  Bagi Bank Negara Malaysia (BNM), siasatan telah dijalankan ke atas 1MDB dengan kesalahan di bawah perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual Lima kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 iaitu membuat kenyataan yang palsu secara sengaja dan tanpa bukti kukuh. Kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Ogos 2015.

4.  Setelah mengkaji kertas siasatan berkenaan, Timbalan Peguam Cara 1 Datuk Tun Abd Majid Bin Tun Hamzah, memutuskan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai 1MDB dan tindakan lanjut akan diambil. Kertas siasatan telah dikembalikan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) pada 11 September 2015. Keputusan berkaitan hal berkenaan turut disampaikan kepada  Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari yang sama.

5.  Walau bagaimanapun, pada 1 Oktober 2015, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menghantar surat permohonan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengkaji semula keputusan berkenaan. Mengambil kira permohonan yang dibuat serta hakikat bahawasanya tiada bukti-bukti baru yang diperolehi, pihak Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang telah dibuat. Sehubungan dengan itu, Jabatan Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa apa-apa berita di antara 12 September 2015 sehingga hari ini berkaitan dengan kertas siasatan masih pada pihak Jabatan Peguam Negara dan perbincangan masih diteruskan adalah tidak benar sama sekali.

JABATAN PEGUAM NEGARA
MALAYSIA
8 OKTOBER 2015


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Siasatan terbantut, macamana nak ada bukti salahlaku.

  2. Anonymous says:

    jadi tiada sesiapa salah ye..ooo abis kenapa kecoh 1 malaya pac bubar,pegawai sprm kena pindah...sb kena pindah...peguam negara berrehat panjang...rakyat masih perlu jawapan lebih...bukan jawap mcm tuuu...itu jawab sekerat jalan...habis siapa yg telah di soal siasat sebenarnya...ada masih tertinggal lagi ke???

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.