..

..

PAS PERAK DESAK NIZAR & MUJAHID SERTAI AMANAH KOSONGKAN KERUSI

on Monday, October 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Tindakan PAS Perak mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof, segera meletak jawatan mereka selepas kedua-duanya menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) ini menunjukkan kemarahan mereka terhadap parti baru ini belum reda . 

Ia seolah-olah PAS tidak takut pun bertanding 3 penjuru di Pilihanraya umum akan datang dan sudah tentunya mereka langsung tak peduli pelawaan PKR menerusi Azmin Ali hari ini agar PAS menyertai Pakatan Harapan .

Ingat begitu mudah PAS terikut perangkap PKR yang mencuri wakil rakyat mereka seperti Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar yang menyertai PKR .




Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata desakan itu dibuat selaras dengan baiah atau perjanjian dibuat kedua-duanya dengan PAS yang menyatakan akan mengosongkan kerusi mereka jika lompat parti.

Katanya, keputusan mendesak kedua-duanya mengosongkan kerusi wakil rakyat itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak di sini hari ini.

"Kegagalan kedua-duanya yang kini menjadi tonggak AMANAH untuk mematuhi baiah menunjukkan mereka sebagai tidak amanah dalam menunaikan janji dalam perjanjian yang dibuat secara sukarela dan tanpa paksaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak di sini hari ini. Razman berkata, parti itu juga sudah bersedia daripada segi calon dan cabaran berhadapan pertarungan tiga penjuru sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu. 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    XMB terkenal dgn sindrom 999 tahun & lilin Teo B Hock. Sikit ada 3/4 mentalnya. Apa pun ini pitbull belaan DAP.

  2. Anonymous says:

    Yang teramat pasti tiadak akan ada mana-mana ADUN yang keluar parti akan mengosongkan kerusi kerana , itu lah GAJI mereka, jika kosongkan bertanding semual tapi kalah maka hilanglah PENDAPATAN untuk nak bagi anak bini bini makan (jika isteri lebih dari 1)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.