..

..

PAKATAN HARAPAN : PKR MAIN KAYU TIGA UNTUK SURVIVAL PRU14

on Saturday, October 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jika akhbar Cina melabel PKR main kayu tiga dalam pembentukan Pakatan Harapan yang masih menagih PAS , memang tepat sekali .

Ia tidak mengejutkan kerana akhbar ini yang juga penyokong kuat DAP tidak suka PAS masuk dalam Pakatan Harapan  kerana isu hudud .

PKR seperti biasa adalah parti yang pentingkan diri sendiri dan bila PAS tidak bersama Pakatan Harapan memang merisaukan  mereka.  Kemenangan PKR di kerusi majoriti Melayu terutama Permatang Pauh , Sungai Petani , Padang Serai  dan lain-lain bergantung kepada undi penyokong PAS .

PKR tidak yakin dengan AMANAH yang mendapat sokongan penuh DAP untuk menarik undi Melayu kerana ia parti baru, Setakat mereka menarik orang PAS sahaja ia tidak mencukupi ,

Jika mereka melakukan ceramah besar  sekarang pun belum tentu penyokong mereka akan ramai hadir , Ini kerana sebelum ini yang hadir adalah majoritinya  penyokong PAS .

Malah mereka akan  lagi bimbang jika PAS bekerjasama dengan UMNO , malah hubungan Perdana Menteri dengan Mursyidul Am PAS Dato Haron Din cukup rapat .

Walaupun kemasukan Saifuddin Abdullah dalam PKR dikatakan mengkuatkan parti itu , sebenarnya tak membantu sangat  pun selain  hanya mahu bertanding semula di PRU14 semula dan menang .

Jadi , PAS diperlukan  masuk ke dalam Pakatan Harapan untuk survival PKR di PRU14  ..



Akhbar Sinchew Daily News bertarikh 13 Oktober 2015 menyiarkan artikel mengenai pengumuman kepemimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pembentukan Pakatan Harapan melibatkan Pas menimbulkan per­telagahan dalam kalangan ahli.

Artikel bertajuk ‘PKR main kayu tiga’ yang ditulis oleh Lim Sue Gan disiarkan dalam ruangan Yan Lun halaman 25 akhbar berkenaan. Pre­siden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikatakan tergesa-gesa membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat khas tergempar majlis tertinggi parti Ahad lalu, sedang­kan perkara itu (cadangan melibatkan penyertaan Pas) sepatutnya hanya di peringkat perbincangan awal. klik di sini


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.