..

..

PAKATAN HARAPAN CONFIDENT MENANG PRU14 , PAS SINDIR DAP BUKAN TUHAN

on Friday, October 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pertengkaran antara PAS dengan DAP sukar dibendung lagi .  Ia boleh diibaratkan seperti anjing dan kucing tidak boleh bertemu . 

DAP benci PAS begitu juga PAS yang kini tak mahu ditipu dan dikencing lagi DAP semasa mereka dalam Pakatan Rakyat dulu ..

PKR pulak masih harap PAS join Pakatan Harapan kerana mereka amat perlukan undi Melayu melalui  PAS untuk pertahankan kerusi Parlimen dimenangi mereka .  Ini kerana semasa PRK Permatang Pauh , undi Wan Azizah banyak diperolehi  hasil  bantuan  undi penyokong PAS. 

Ini kerana 10 % undi Melayu pengundi Pmtg Pauh telah  meningkat pergi  kepada UMNO . 



Justeru , untuk mendepani cabaran  menjelang PRU 14 akan datang dengan sentimen Cina yang menyokong DAP   , undi Melayu cukup signifikan antara BN dan pembangkang . 



Pemimpin DAP, Tony Pua "bukan tuhan" yang boleh menduga Pakatan Harapan akan memenangi pilihan raya umum akan datang, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi.
Beliau membidas Setiausaha Publisiti DAP itu kerana angkuh menduga Pakatan Harapan boleh menang pada PRU-14 tanpa bantuan PAS.
Menurut Sallehin, Pua hanya mengitar semula kenyatàan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa PAS akan kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
Sallehin berkata Pua dan Lim tidak berpijak pada realiti dalam membuat ramalan.
"Bagi saya, Tony bukan tuhan nak menentukan pilihan raya boleh menang atau tidak. Politik ini di saat-saat akhir pun boleh berubah dan boleh berlaku.
"Kalau dia kata boleh menang lebih banyak kerusi (tanpa PAS), dia kena tunjuklah strateginya," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Tambahnya, Pakatan Harapan akan melalui jalan yang sukar bagi menawan Putrajaya tanpa PAS.
"Jika mereka (Pakatan Harapan) ingin menawan Putrajaya bagi saya lupakanlah.
"Realitinya apa yang berlaku sekarang Pakatan Harapan ini sukar mendapat sokongan orang Melayu dan Islam tanpa PAS," ujarnya lagi.
Selain itu, Sallehin menyelar kenyataan Pua yang mempersendakan prestasi PAS di Kelantan.
"Kalau dia nak kaitkan soal dia akan menang besar dengan soal Kelantan saya fikir itu tidak adil melainkan kalau dia kata PAS Kelantan akan kalah tapi bagi saya ucapan yang menyatakan Kelantan itu prestasinya tidak bagus adalah tidak betul," jelasnya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.