..

..

PAKATAN 6 ORANG KECEWA BERI SIGNAL MEREKA SUDAH READY LAWAN NAJIB

on Monday, October 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 22 Comments


Sudah terang lagi bersuluh dan kini mereka sudah mula muncul khalayak ramai  dan bersatu  bersama  Tun  Mahathir  untuk  menjatuhkan PM DS Mohd Najib Tun Razak  menggunakan isu 1MDB .

Semuanya yang hadir sidang media ini seramai 6 orang   boleh dikategorikan veteran pencen kerajaan iaitu Muhyiddin Yassin , Tengku Razaleigh , Shafie Afdal , Sanusi Junid dan Ong Tee Keat .  Kalau zaman P Ramlee ia mengimbas kembali watak 6 Jahanam .

Mereka terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamed (90), TS Muhyiddin Yassin (68), Tengku Razaleigh Hamzah (78), TS Sanusi Junid (72), DS Shafie Afdal (57) dan DS Ong Tee Kiat (58) menjadikan jumlah keseluruhan umur 'Gabungan Kecewa' adalah 423 tahun!


Mereka mengecam  penahanan 2 orang kuat Mahathir yang digunakan untuk memburukkan kerajaan Malaysia di luar negara iaitu Khairuddin dan Mathias Chang.Dua individu berkenaan kini ditahan dan didakwa melalui  Akta SOSMA di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan cuba sabotaj sistem perbankan /kewangan negara .

Selain itu , dakwa mereka penahanan  Matthias dan Khairuddin adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa .  

Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang sebelum ini berikrar untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri ketika Mesyuarat MT UMNO lalu  , kini nampaknya beralih arah apabila bersetuju dengan serangan terbaru Mahathir kepada Presiden Umno .

Malah beliau mendesak ahli UMNO perlu berani melawan dan bersuara walaupun berdepan tindakan  parti  . KLIK DI SINI


Tindak tanduk   6 orang  ini jelas menunjukkan mereka  kini bersatu menentang dan  ingin menjatuhkan Presiden UMNO dan PM Malaysia walaupun ada yang masih lagi berkias dan berselindung ayat playsafe .

Cukup mudah kita fahami sidang media ini diadakan . Ia bukan untuk membela sangat Mat Selfie dan lawyernya  tapi untuk tunjuk kekuatan Pakatan terbaru diketuai Tun Mahathir untuk menentang Najib kepada rakyat.

Ini kerana sebelum ini orang tak tahu penglibatan Ku Li ( kecuali circle kuat UMNO )  , kini dia muncul bersama musuh ketatnya semula demi  menjatuhkan Najib dan menaikkan geng mereka .


Jika Tun Mahathir menuduh Najib zalim ekoran  pendakwaan Khairuddin dan Mathias di bawah SOSMA , apakah kita lupa 22 tahun beliau memerintah Akta ISA digunakan sewenang -wenangnya menahan tanpa bicara .

Untuk secebis rekod bersih Tun Mahathir dan tidak zalim : -

1.Memenjarakan beratus individu tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk ramai Ahli Politik.
2. Terlibat menyingkirkan dua Timbalan Perdana Menteri.
3. Memecat seorang Timbalan Perdana Menteri.
4. Memberhentikan empat Menteri.
5. Menghentikan operasi akhbar The Star,Watan dan Sin Chiew Jit Poh.
6. Memecat Ketua Hakim Negara dan mengubah cara perlantikan Hakim.

Sekurang -kurangnya 2 orang ini didakwa mengikut undang-undang yang digubal di Mahkamah bukannya ditahan tanpa bicara menggunakan ISA . 





22 Responses

  1. Anonymous says:

    biarlah depa nak bincang dan nak jumpa siapa pun..yg hang dok kalut kenape? dah takut ke? dah tidur tak lena ke? jilat x habis2..

  2. Anonymous says:

    Syabas Tun M dan yang lain-lain. Pinta di adakan roadshow di seluruh negara, dan sudah pasti kami ahli-ahli akar umbi akan menzahirkan kasih sayang kami kepada parti dan bukannya kepada individu tertentu....

  3. buat la roadshow seluruh negara macam Anwar Ibrahim dulu pada 1998 ..nak tengok juga kekuatan yang hadir tu bukan 300 orang makan di hotel ye ..haha

  4. Anonymous says:

    Sebagai ahli UMNO seumor hidup aku menyokong mahatir. Aku dan keluarga juga telah bersumpah tidak akan mengundi BN pada PR14 selagi najib masih PM.

  5. Anonymous says:

    Alhamdulillah semoga perjuangan tun diberkati Allah.... Kami generasi Y tidak akan percaya akan Fitnah Penjilat Najis Mughalazah...

    " PELIKNYA DENGAN ORANG TUA YG DAH BERUMUR PUN BOLEH TAKUT " HA HA

  6. Anonymous says:

    Tun kena tmbh kekuatan dgn menjemput Anwar Ibrahim sekali. Baru power. Buat sidang akhbar kt sg buloh pun bole...

  7. Peliknya kenapa sampai 6 orang diperlukan untuk lawan seorang ..haha

  8. fiza rose says:

    6JAHANAM nama neraka bro...

  9. Anonymous says:

    Peliknya hanya buat sidang akhbar pasal balaci kene tahan bawah sosma.. Pasal 1mdb dah habis idea ke??? Oh, ye la...tarak bukti....

  10. Anonymous says:

    Apa nak dikatakan lagi... Dr Zeti yg telah diiktiraf sebagai GABENOR BANK NEGARA TERBAIK ASIA pada 2003 olih majalah EMERGING MARKETS dan GABENOR BANK PUSAT TERBAIK DUNIA olih majalah GLOBAL FINANCE pada 13 SEPTEMBER 2010 pun kena kutuk habis-habisan dengan cai PAHLAWAN TAIK sebab tak condong pada 1MDB. Engkau orang tulislah apa yang nak ditulis, aku tetap tidak terpengaruh !! Sokong Tun M and the gangs...........

  11. Anonymous says:

    InsyaAllah saya akan terus undi Umno/BN di PRU akan datang.

  12. Anonymous says:

    Lagi pelik kalau 2.6 dalam satu akaun .

  13. Anonymous says:

    Lagi pelik kalau 2.6 dalam satu akaun .

  14. Anonymous says:

    Yg lawan sorang tu pondan, tapi macam Raja maha berkuasa gunakan apa saja. Yg 6 orang tu tak ada kuasa langsung,.. nampak gaya, muhyidin dgn shafee kena pecat lah tak lama lagi..

  15. Anonymous says:

    InsyaAllah Tun, kebenaran dan kemenangan akan muncul jua, Saya pun ahli UMNO dan x pernah miss mengundi untuk UMNO. Najib buatkan saya makin menyampah dan UMNO pun terpalit sama. Aisshhhh...

  16. Anonymous says:

    Memang 6 org tu kumpulan orng kecewa. Mereka mewakili rakyat2Malaysia yang kecewa. Kecewa dengan prestasi, tindakan, dasar2 serta penyalahgunaan kuasa oleh manusia yang bernama Najib Razak. Kecewa kerana Najib merosakkan masa depan negara Malaysia demi kepentingan peribadi

  17. Ling liong siK akan disaman Najib. So apa 6 org tunggu lagi. Kasi bawak kuar itu evidence, fight mahkamah la.. kalau najib kalah, automatic dia punya adun / parlimen seat bubar. so dia x boleh jadi PM lagi. Automatic kena lucut jawatan. Apa pasal mau bikin pc lagi kasih pecah belah org melayu. tara bijak dan bagus lah ini mcm. Kita tarak suka sama najib saja so dia kita kasi tendang kuar la. UMNO tara salah.

  18. KZSO says:

    Itu baru 7. Najib cakap Tun M sahaja yang tidak sokong dia.

  19. KZSO says:

    Kita tunggu samada najib berani saman Tun LLS atau kecut teloq macam dia kata nak saman WSJ tempuh hari. Bukti? Bnm ada beberapa buktinya. Tunggu ag buat pendakwaan sahaja. Ag? Ada bran ke?

  20. Anonymous says:

    bagi saya rakyat biasa ini yang banyak terhutang budi pada Datuk Najib atas segala kemudahan.dan pertolongan..tiada yang dapat saya berikan cuma doa pada Yang Esa agar memudahkan urusan dan pentadbiran Datuk walaupun byk halangan yang berliku terpaksa dia harungi.

    pun jua moga Tuhan perluaskan jalan dan moga Tuhan memberi sebesar-besarnya ruang pada Datuk Najib dalam menghadapi gerombolan ujian -ujian dalam pentadbiran.....InsyaAllah...

  21. Anonymous says:

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

  22. Anonymous says:

    kikiki

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.