..

..

NIZAR JAMALUDDIN MOHON MAAF TERBUKA KERANA FITNAH PM @NajibRazak

on Wednesday, October 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang didakwa atas tuduhan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada perdana menteri.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Ikmal Hishan memerintahkan Adun Changkat Jering itu membaca permohonan maaf berkenaan di dalam mahkamah bagi memudahkan beliau mencatatkannya dalam rekod prosiding kes tersebut.

Mohammad Nizar kemudian memohon maaf secara terbuka dan memaklumkan beliau kini menyedari bahawa kenyataannya terhadap Najib, seperti yang disebut dalam pertuduhan, adalah tidak berasas.

"Oleh yang demikian, saya dengan ikhlas dari hati ingin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan berjanji akan lebih berhati-hati supaya kejadian seumpamanya tidak akan berulang lagi," katanya.


Terdahulu, Yusaini Amer berkata perdana menteri menerima surat permohonan maaf daripada Mohammad Nizar pada 22 Oktober lepas.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya kes ini dikompaunkan, dengan izin mahkamah, serta meminta Mohammad Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka dan beliau sedia menerima permohonan maaf itu," katanya.

Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara jam 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Mohammad Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak pembelaan yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden Mohd Yusof berhubung isu pengadu dalam kes itu. - Bernama



 Komen GPB

Kalau PM tak maafkan fitnah Nizar , dah lama dia ni didenda atau dipenjara . Betapa mulianya hati Najib yang memaafkan pemfitnah dirinya ini .

Akhirnya kebenaran muncul dan Najib hanya ingin membersihkan diri  dan mempertahankan maruah  ekoran   difitnah oleh Nizar.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.