..

..

NAK BERSUARA GUNA SALURAN BETUL BUKAN JERIT PANGGIL SIDANG MEDIA

on Tuesday, October 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




UMNO Pulau Pinang berpendirian bahawa setiap pemimpin dan anggota parti mempunyai saluran yang betul untuk bersuara dan memberi pandangan terhadap sesuatu perkara berkaitan parti dan kerajaan.

Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dakwaan yang mengatakan pemimpin UMNO penakut dan tidak berani bersuara adalah tidak benar kerana mereka bersuara menerusi saluran parti.

“UMNO Pulau Pinang merasakan kami berhemah, kami menggunakan saluran parti. Ada perkara tidak perlu kami ceritakan secara hebahan awam, ada perkara kami buat secara dalaman. Kami (boleh) bagi pandangan, macam saya pun kalau ada apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya boleh terus SMS kepada presiden parti.

“Itu adalah suara saya yang mewakili UMNO negeri. Suara sekarang tak semestinya menjerit, panggil sidang media. Suara kami boleh sampai melalui Whatsapp, Telegram, SMS,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pemimpin dalam parti dan kerajaan tidak berani bersuara untuk menyatakan kebenaran kerana mahu melindungi kepentingan politik dan kedudukan masing-masing.

Muhyiddin pada program ‘Bicara Minda: Berani Kerana Benar’ anjuran Sinar Harian pada Sabtu lepas, menggesa pemimpin dalam UMNO dan kerajaan supaya lebih berani mengambil tindakan serta melakukan perubahan jika melihat perkara mungkar.

Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang menghormati pandangan Muhyiddin itu, namun perkara itu perlu dilakukan secara berhemah dan mengikut saluran yang betul kerana ia penting untuk memupuk disiplin serta kewibawaan sesebuah parti.

“Bayangkan kalau semua orang bersuara, mengkritik presiden di luar parti, ia akan menjadi huru-hara. Kita ada saluran, boleh dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi,” katanya.

Terdahulu, Zainal Abidin mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, melancarkan penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (CDERT) peringkat negeri, di sini hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 494 komuniti ditubuhkan sebagai pasukan CDERT di Jabatan Pertahanan Awam Pulau Pinang.

Pasukan itu ditubuhkan dengan matlamat melahirkan komuniti berkeupayaan mengambil tindakan awal bagi mencegah kemalangan dan bencana di kawasan kejiranan melalui ilmu Pertahanan Awam, sementara menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat.


2 Responses

  1. Saya ini dari akar umbi UMNO pulau pinang , Datuk Zainal ini bila bercakap saya rasa sungguh malu kerana beliau mewakili pulau pinang , banyak ucapan beliau di mana mana majlis umno bila saya dengar sungguh menyampah kerana menunjukkan diri beliau seorang yang bodoh dan tidak berkhikmah sebagai pemimpin , saluran parti dah tak larat nak guna selalunya dibakul sampah ,contoh mengenai pemilihan agung umno yang sepatutnya diadakan pada 2016 kemudian najib tunda pada selepas PRU 14 ,perkara ini banyak ahli akar umbi tak setuju tapi pemimpin MKT dan najib menipu kata semua pihak akur ,jadi jangan buat ahli macam lembu ,sekiranya hasrat hati disuara pada media jangan la salah orang lain salahkan presiden dan MKT. bahalol

  2. suruh dia jd Artis lg bagus..sikit sikit sidang akhbar

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.