..

..

NAJIB TAK MAHU MCA JADI PARTI SEVEN ELEVEN , PERLU TUNJUK SOKONGAN

on Monday, October 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mahu lagi MCA dimomok sebagai parti Seven Eleven (7-11) dan menggesa parti itu meningkatkan usaha untuk memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
"Ya, kita tidak dapat keputusan yang bagus pada PRU 2008 dan 2013 sampai parti MCA menjadi momokan, 7 parlimen dan 11 DUN, jadi parti 7-11.
"Saya tahu ini lawak. Tetapi hati saya sakit mendengarnya. Tetapi marilah kita beritahu orang cukup-cukuplah itu. Sekarang kita mesti bangkit balik dan kita boleh lakukan kalau kita bersatu," katanya.
Najib berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung ke-62 MCA di Kuala Lumpur pada Ahad.
Perdana Menteri berkata untuk memenangi lebih banyak kerusi bukan sesuatu yang mustahil jika parti berkenaan dapat meningkatkan perpaduan dan membasmikan pertelagahan dalaman.
"Bukannya mustahil. Kita kena baca mood rakyat. Seperti yang selalu saya cakap, kita kena rasa denyut nadi rakyat. Tetapi yang pertama mesti ada perpaduan parti. Tidak boleh ada perselisihan dalaman dalam MCA atau mana-mana parti lain jika mereka mahu teguh.
"Saya setuju ada kalanya kita kena perbetulkan dalaman parti.Tetapi tak bolehlah setiap kali ada pertandingan di peringkat tertinggi. Tak boleh. Dah letih dah.
"MCA terjejas kerana banyak kali berlaku pertelagahan di peringkat tertinggi. Tetapi sekarang kita sudah ada kepimpinan di MCA yang mempunyai hubungan baik antara presiden dan timbalannya serta setiausaha agungnya.
"Jadi jangan pandang ringan perkara ini. Hentikan pertelingkahan dalaman dan melangkah ke hadapan untuk memenangi PRU akan datang.
"PRU boleh diadakan pada bila-bila masa. Maksimum lagi tiga tahun. Ini bukan masa yang lama. Kita kena fokus untuk menang dan kalau boleh capai lebih baik," katanya.
Perdana Menteri, yang juga Presiden Barisan Nasional (BN) berkata, turut menangkis dakwaan pembangkang bahawa MCA adalah parti bisu.
"MCA adakalanya digelar sebagai parti yang membisu. Ia tidak benar. MCA selalu bersuara tetapi dengan cara berhemah, bukan secara biadap.
"Dalam mesyuarat BN keluhan komuniti Cina selalu diketengahkan oleh MCA. Apa yang cantiknya tentang BN ialah kita tidak bercakap atau memekak di luar parti.
"Tak betul kalau DAP cakap bahawa MCA ialah parti komponen yang bisu. MCA bekerja mengikut sistem. Ia lebih berkesan daripada memekak di luar. Kalau kita buat kerja ikut sistem, kita akan lebih dihormati," katanya.
Najib berkata bukan mudah bagi wakil rakyat untuk melayan atau memenangi hati semua orang. Tetapi katanya apa yang penting ialah memberikan keadilan sosial. Perlu ada amalan memberi dan menerima.
"You give some, you take some. You cannot take all. If you want more, tolonglah bagi. You want more seats in the government, you increase more support for BN. You get more seats in parliament," katanya.
Najib mengakui setiap parti komponen BN perlu berusaha untuk memastikan perpaduan kaum.
"Kita tidak boleh melakukan bersendirian. Orang Melayu tak boleh lakukannya sendiri. Begitu juga orang Cina. Mereka mesti bekerjasana dalam satu pergerakan politik. Inilah formula yang menjamin kemenangan.
"Kita banyak berdepan cabaran terutama di segi ekonomi dan saya yakin kita akan mengatasinya. Percayalah kepada transformasi yang saya sedang lakukan untuk negara ini.
"Saya percaya kita mempunyai halatuju yang jelas untuk Malaysia. Parti pembangkang pula halatujunya berjerebu. Kita boleh berbeza pendapat di peringkat negeri tetapi bukan di peringkat persekutuan. Ia boleh mendatangkan kemudaratan.
"Ia tak sempurna tetapi kita jauh lebih baik. Sekiranya anda yakin kepada BN, saya boleh berikan lebih banyak kepada komuniti Cina.
"Tetapi saya perlukan anda menunjukkan sokongan dan bertindak balas kerana itulah cara kita melangkah ke depan.
"Saya perlukan sokongan komuniti Cina untuk BN. Saya perlukan komuniti Cina untuk menjadi rakan dalam aliran perdana dalam politik, ekonomi dan pembangunan sosial negara ini," katanya.
"Kita lupakan peristiwa lampau dan hasilkan masa depan bersama. Saya percaya pada BN. Saya percaya pada sokongan MCA dan parti komponen lain.
"Tetapi anda hendaklah tunjukkan sokongan. Mereka kata saya bagi macam-macam tetapi anda tak sokong. Susahlah saya. Jadi, berikanlah sokongan anda.
"Kita boleh berbeza pendapat. Tetapi BN ada proses bagaimana mahu mengharmonikan perbezaan sesama kita.
"Boleh anda bayangkan 13 adik beradik dalam satu keluarga? Bukan mudah nak urus 13 adik beradik dalam sebuah keluarga. Saya pasti kalau anda ada adik beradik sudah pasti ada perbezaan. Tetapi yang paling penting sekali ialah bagaimana kita uruskan perbezaan itu.
Kita mesti tolak segala bentuk ekstrimisme dalam negara ini. Samada ekstrimisme keganasan seperti di Timur Tengah - itu kita tolak habis-habisan. Kita juga mesti tolak ekstrisme kaum," kata Najib lagi.
Menyentuh isu sekolah Cina, Najib menjelaskan sekiranya ada pihak yang mengatakan sekolah-sekolah jenis kebangsaan patut dihapuskan dan diwujudkan satu aliran, itu bukan polisi BN.
"BN mengamalkan dasar yang berteraskan kepada kepelbagaian budaya, bahasa, etnik dan agama," tegasnya.-AGENDADAILY-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.