..

..

MUFTI PAHANG DAPAT SOKONGAN KERAJAAN NEGERI PERTAHAN ISU KHUTBAH

on Friday, October 2, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan negeri memberi so­kongan penuh kepada Muf­ti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman dalam mempertahankan kandungan teks khutbah solat sunat Aidiladha baru-baru ini yang didakwa DAP kononnya berunsur fitnah terhadap parti itu.

 Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, khutbah merupakan satu daripada rukun dalam solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Kata beliau, khutbah merupakan amanat dibaca kepada jemaah su­paya mengingati dan mematuhi perin­tah Allah, berselawat ke atas Rasulullah dan menurut sunnah baginda.

“Ia juga untuk mengingatkan jemaah dan umat Islam tentang ke­hidupan serta kejadian seharian supaya boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Antara in­tipati penting ialah umat Islam hidup bersatu padu serta harmoni antara satu sama lain.

“Khutbah solat sunat Aidiladha baru-baru ini tidak lari daripada landasan yang disebutkan. Kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada Mufti Pahang yang telah menyusun khutbah begitu padat dan penuh bersemangat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Adnan yang ketika ini dalam lawatan kerja ke luar negara berkata, sebagai menyokong Abdul Rahman dalam mem­per­ta­hankan kandungan khut­­bah ber­ke­naan, kerajaan nege­ri akan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

 “Sokongan kerajaan negeri meliputi penyediaan pasukan peguam jika hal ini dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak yang sepatutnya tidak mempertikaikan khutbah berkenaan yang merupakan sebahagian daripada rukun solat sunat Aidiladha,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.